tatod Publish time 4-4-2022 02:12 PM

Show Off Kereta Mewah Kononnya Bisnes Maju, Lelaki Cerita Pernah Bankrup Sebab Alphard

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/04/122030kqaakogaaa9xrt4o.png

Apabila bercakap mengenai usahawan tempatan yang sejak kebelakangan ini bagai cendawan tumbuh, mentaliti sesetengah rakyat Malaysia seolah-olah sudah 'dibasuh' apabila menjadikan kereta mewah yang dimiliki oleh peniaga sebagai kayu pengukur kejayaan mereka menjalankan perniagaan yang diusahakan.


Pun begitu, realiti sebenar tidaklah sama seperti yang dilihat oleh mata masyarakat. Dalam situasi tertentu, ada individu tertentu yang sanggup menyewa kereta mewah atas tujuan menunjuk-nunjuk sekali gus meraih kepercayaan orang lain untuk melabur dalam perniagaan yang dijalankan.


Menerusi Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Hairul Nizam Hashim berkongsi pengalamannya yang pernah terjebak menggunakan taktik sama untuk mendapatkan kepercayaan dan sanjungan daripada orang sekeliling.


Dua belas tahun lalu, Hairul yang memiliki sebuah syarikat MLM sanggup membeli kereta Alphard dan melakukan modifikasi ke atas kereta tersebut menelan belanja ribuan ringgit. Katanya, dia menggunakan kenderaan terbabit bukanlah untuk keselesaan namun tujuan utamanya adalah untuk 'show off'.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/04/122252vf8anadflnmnnfgb.png




Awalnya, bayaran kereta tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kereta itu dikatakan akan dipakai oleh majikan syarikat bagaimanapun ia dijadikan hadiah skim MLM. Kereta itu menjadi milik kepada tuan baharu yang berada jauh di negeri pantai timur.


Masalah mulai timbul apabila pemilik baharu menerima kereta tersebut atas nilai 'hadiah' maka tidak ada lagi bayaran bulanan yang diterima oleh pihak bank. Keadaan menjadi rumit apabila pemilik baharu terbabit meninggal dunia dan waris tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara tersebut sehinggalah pihak bank bertindak untuk menarik semula kereta berkenaan.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/04/122403v37ooasaajpacatk.png




"Hutang masih ada RM100k lepas kereta dilelong. Bank mana nak rugi. Memang bank failkan bankruptcy la. Sampai sekarang tanggung azab bayar bulan-bulan ke insolvensi. Jadi, seronok ke pakai kereta mahal? Seronok itu sekejap sahaja, azabnya lama. Belum masuk maintenance yang mahal.


"Sekarang ini lebih mampu dari dahulu kalau nak pakai alphard atau kereta mewah lain tapi tidak mungkin ulangi kesilapan lama. Orang kata bisnes aku tak berjaya sebab tak pakai kereta mewah? Lantaklah, aku peduli apa. Yang tanggung azab nanti aku, bukan korang," tulisnya. -CARI



saviour_09 Publish time 4-4-2022 03:31 PM

kalo level marhaen baru nak up sket, dapat show off H ni kira dah up 1 level la life dia

kerek je pandang member2 bawak P & P ni :lol:
Pages: [1]
View full version: Show Off Kereta Mewah Kononnya Bisnes Maju, Lelaki Cerita Pernah Bankrup Sebab Alphard


ADVERTISEMENT