sfhzuraz Publish time 1-4-2022 02:20 PM

Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Daerah Shah Alam

Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Daerah Shah Alam

Oleh Norzamira Che Noh - April 1, 2022 @ 2:02pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/mohd_iqbal_1648792940.jpg
Ketua Polis Daerah Shah Alam baharu, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. - Foto NSTP/Faiz Anuar



SHAH ALAM: Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Shah Alam yang baharu.
Mohd Iqbal, 41, menggantikan Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor bermula bulan ini.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Mohd Iqbal dalam ucapannya memaklumkan, Selangor bukan asing baginya kerana beliau pernah bertugas hampir sembilan tahun di negeri ini iaitu di beberapa daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
"Walaubagaimanapun, selari peredaran masa, sudah pasti trend jenayah juga berubah dan besar harapan semua pegawai serta anggota IPD ini bekerjasama dengan saya agar urusan pentadbiran berjalan lancar.
"Saya juga memohon tunjuk ajar dan bimbingan daripada Ketua Jabatan dan rakan KPD yang lain sepanjang saya menggalas jawatan ini," katanya.
Sementara itu, Baharudin mengakui, tugas di IPD Shah Alam amat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.
"Namun, Alhamdulillah semuanya dapat ditangani berkat tunjuk ajar yang diberikan Datuk Arjunaidi yang berpengalaman luas serta tidak lokek berkongsi (pengalaman).
"Kejayaan juga hasil kerjasama dan sokongan kuat dari semua pegawai dan anggota polis IPD ini termasuk ketika kejadian bencana banjir di Taman Sri Muda sebelum ini," katanya.




Pages: [1]
View full version: Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Daerah Shah Alam


ADVERTISEMENT