Raline Publish time 31-3-2022 06:57 PM

Peka perubahan emosi anak

Peka perubahan emosi anak

https://assets.bharian.com.my/images/articles/aktiviti_1615860875.jpg
Peruntukkan masa berinteraksi, bersembang dan bermain dengan anak elak kemurungan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab dan kebajikan anak dengan memberi alat peranti, terutama dalam situasi norma baharu.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, berkata sepatutnya ibu bapa memperuntukkan masa berinteraksi, bersembang dengan anak serta mengambil tahu kehendak mereka.

Pada masa sama, ibu bapa perlu lebih banyak bersabar dalam mengendalikan kerenah anak.

"Pakar psikologi kanak-kanak menetapkan mereka di bawah umur tujuh tahun tidak boleh dimarahi sebelum cukup suruhan atau arahan sebanyak 200 kali.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/luangmasa_1615860878.jpg
Aktiviti luar rumah antara kaedah terbaik eratkan hubungan.- Gambar hiasan

"Islam pula menyarankan untuk bermanja dengan anak sehingga berusia tujuh tahun, tidak boleh menengking atau berkasar tetapi sekadar bertegas jika perlu menegur kesalahan mereka.

"Jika peraturan dan ketetapan ini dilanggar, anak biasa dimarah dan diherdik sejak awal akan jadi lali dan tak kisah lagi dengan suara keras ibu bapa," katanya.

Beliau berkata, pengabaian dalam memahami dan mendalami pengurusan emosi kanak-kanak adalah tindakan yang salah dan boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka.

"Walaupun sekejap terkesan akibat gangguan emosi, ia mungkin akan berulang lagi pada masa depan.

"Sikap seseorang ketika dewasa sebenarnya dipengaruhi bimbingan dan persekitaran dia membesar termasuk layanan daripada ibu bapa. Mereka sewajarnya peka dengan perubahan emosi anak," katanya

Beliau berkata, emosi kanak-kanak dalam suasana baharu dengan 24 jam masa di rumah mungkin akan menimbulkan gangguan seperti terlalu bosan, kemurungan dan mungkin bertindak mengasingkan diri.

"Sebaiknya disiplinkan anak yang diberikan ruang menggunakan telefon pintar, khususnya hadkan masa dan perhatikan apa yang mereka buat dengan gajet ini.

"Tidak dinafikan ada ibu bapa tidak mahu melayan emosi anak, bahkan malas bermain atau meluangkan masa panjang dengan mereka.

"Oleh itu, ketika norma baharu ibu bapa perlu memperuntukkan masa bersama anak melakukan aktiviti di rumah secara santai.

"Jika anak bermain pastikan mereka mengemas semula permainan selepas selesai, malah ibu bapa juga boleh bermain bersama," katanya.



https://assets.bharian.com.my/images/articles/suzana3_1615860881.jpg
Suzana Ghazali. Foto NSTP




Sumber: https://www.bharian.com.my

Pages: [1]
View full version: Peka perubahan emosi anak


ADVERTISEMENT