Raline Publish time 31-3-2022 05:58 PM

Kekuatan hadapi pasangan curang

Kekuatan hadapi pasangan curang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/curang_1562272218.jpg
CARI ruang dapatkan nasihat, berbincang, muhasabah diri antara perkara boleh dilakukan elak kemurungan. GAMBAR hiasan.


PERKAHWINAN adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasa­ngan bukanlah isu enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.

Ada yang mengetahui hubungan sulit suami menerusi panggilan telefon rakan dan kenalan, menemui bukti mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Justeru ramai isteri jadi bingung, hilang punca dan tertekan. Tambahan di mata keluarga, mereka selalu nampak serasi, jarang bertelingkah mahupun berselisih faham.

Menurut Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami. Fakta itu dijelaskan menerusi purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.

“Kita boleh lihat lapan daripada 10 kes membabitkan kecurangan suami. Hanya dua kes yang menyebut mengenai kecurangan isteri. Hal ini lazimnya berlaku berikutan lemahnya pegangan agama dan pengaruh nafsu.

“Sebagai wanita, janganlah kita mudah lemah apabila berdepan situasi begini. Ada banyak langkah dan proses yang boleh dijadikan panduan demi menyelamatkan rumah tangga. Jika sekiranya hati tidak lagi berpaut kepada suami, wanita juga harus terus kuat menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan,” katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/DRcurang_1562272222.jpg
DR Robiah

1. TANYA DIRI

Apabila suami atau isteri sah berlaku curang di belakang pasangan, kumpul kekuatan untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional.

Tanyakan kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama. Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja.

Segelintir wanita atau lelaki sukar berbaik semula berikutan pasangan sudah menjalin hubungan sulit hingga tidur bersama. Apabila kecurangan melangkaui batas, eloklah bertemu pakar untuk mendapatkan kaunseling.

2. JALANI KAUNSELING

Ada isteri nekad berpisah. Tetapi masih ada juga yang bermurah hati menerima kesilapan suami demi anak-anak. Apabila anda berhasrat meneruskan hubungan, berjumpalah dengan pakar kaunseling untuk berbincang secara terbuka dan mendapatkan pandangan.

Menerusi kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubu­ngan suami isteri yang boleh dibaiki.

Lazimnya, kes kecura­ngan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting dalam membina perkahwinan bahagia.

3. KONGSI MASALAH DENGAN IBU BAPA

Sebagai anak, ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan meraih kembali sokongan sebelum bangkit semula. Nilai nasihat yang mereka beri sebaiknya. Ibu bapa yang bijaksana akan bersikap neutral. Mereka tidak akan mengapi-apikan hubungan anak-anak, sebaliknya memberi nasihat membina.

4. PERGI BERCUTI

Tenangkan fikiran dan cari semula kekuatan diri. Jika berkemampuan, pergilah mengerjakan ibadah umrah. Di sana anda boleh mengadu kepada Allah SWT sepuasnya, memohon keampunan-Nya, bermuhasabah diri, memikirkan kembali keputusan yang bakal diambil dan mencari ketenangan berharga.

Dalam tempoh ini juga, fikirkan kembali niat sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah. Jika hati nekad mahu bercerai, ambil tahu proses yang perlu dilalui sehingga semua selesai. Ambil kira hasil perceraian itu nanti termasuk emosi anak, kehidupannya dan perbelanjaan yang wajib dilunaskan mengikut persetujuan mahkamah.

Bagaimanapun jika bajet kecil, pergilah ke mana-mana destinasi dekat supaya anda boleh bertenang dan berfikir panjang. Di negara kita sendiri ada banyak masjid cantik yang menyediakan ruang solat Muslimat yang selesa untuk anda menyendiri dalam suasana selamat dan menenangkan.

5. KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

Mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban dengan mainan emosi.

Berbeza dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.

Begitu juga apabila diri kembali sedar dengan kesilapan yang dilakukan, barulah mereka boleh membetulkan kembali persepsi terhadap perkahwinan, keluarga, isteri dan anak-anak.

Jelas Dr Robiah, memandangkan kes kecurangan banyak membabitkan kaum suami, adalah difahami bahawa perceraian selalunya ditimbulkan pihak isteri.

“Suami jarang menyebut soal cerai kerana mereka punya pilihan untuk berkahwin lagi dan menjalani hidup berpoligami. Ada lelaki yang memang sengaja mengelak daripada memulakan isu perceraian kerana tidak mahu dianggap jahat.

“Berbeza dengan wanita, mereka lazimnya mendesak perceraian kerana emosi. Kalau itu adalah keputusan yang terbaik, tidak mengapa. Tetapi harus diketahui bahawa ada banyak proses yang perlu diambil kira sebelum bercerai.

“Kita harap semua proses ini boleh membantu pasangan untuk bermuhasabah diri dan melihat perkara yang perlu diberi keutamaan, umpamanya anak. Jika anak rapat dengan bapa atau ibunya dan masih kecil, tak usahlah bercerai.

“Isteri yang menjadi mangsa pula perlu mendapatkan nasihat, pandangan dan bimbingan daripada pakar supaya tidak menghadapi tekanan yang akhirnya membawa kepada kemurungan,” katanya.

Tambahnya, selagi ada ruang untuk mencari nasihat, berbincang dan bertukar pandangan, pasangan digalakkan supaya mendapatkan bantuan sewajarnya.

“Emak ayah jangan mengungkit atau mencari kesilapan anak mahupun menantu. Beri nasihat yang boleh membantu perkahwinan anak, bukannya merosakkan hubungan mereka,” katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/472172/kekuatan-hadapi-pasangan-curang

mily Publish time 23-7-2022 05:51 AM

Been there...done all that.. Except go for kaunseling... My ex sendiri mengku dia ada penyakit gatal... N the best part... Xmenyorok poun kalau gatal tu... He just put it in his multinames fb (ada 6 fb)... All his gf, scandal and their holidays...

Nak sabo mcm mana kan... Bila hidup bertuhankan nafsu...

Pttnya dah angkat kaki 6 years ago... Tp kita bg chance... Sudahnya after 12 years of marriage... I said to him.. This is going to be the end of our marriage... Done.

And im happy now... But..biasalah.. Nak erase all memories during the whole 12 years tu takes time...

Doing well with my 2 children..

stingergrumpy Publish time 30-7-2022 12:00 PM

Tred sepi.....memang tak ramai dari kalangan porummers yg menghadapi isu pasangan yg curang...atau teda kekuatan utk kongsi kisah di sini?

Kahkahkahkah

ultraman_nexus Publish time 2-8-2022 09:34 AM

Aduh aduh sayang kenapa kau curang
Aduh aduh sayang kenapa kau ulang
Aduh aduh sayang sayang
Aduh aduh sayang sayang
Aduh aduh sayang kenapa kau curang
Aduh aduh sayang kenapa kau ulang
Aduh aduh sayang sayang
Aduh aduh sayang sayang

Catpaw Publish time 6-8-2022 10:03 PM

mily replied at 22-7-2022 09:51 PM
Been there...done all that.. Except go for kaunseling... My ex sendiri mengku dia ada penyakit gatal ...



Semoga Allah gantikan kesedihan awak dengan sesuatu yg lbh baik{:1_149:}

mily Publish time 7-8-2022 08:00 AM

Catpaw replied at 6-8-2022 10:03 PM
Semoga Allah gantikan kesedihan awak dengan sesuatu yg lbh baik

terima kasih...

LadyCarefree Publish time 24-8-2022 10:52 AM

Masing2 punya happiness bukan terletak kat orang lain. Bila letakkan kuasa tu kat tangan org lain memanglah asyik fefeeling vulnerable and bila xhappy akan rasa victimized. Suami atau isteri curang kalau rasa perlu angkat kaki, go ahead start a new life. Kalau rasa boleh tolerate, stay and tolerate. Kalau rasa elok join sekali, join je lah. Xyah susah2 nak makan hati la stress la apa semua tu. Life is too short laaaa.

green~tea Publish time 29-8-2022 01:44 PM

I would just walk off dan permudahkan urusan je lah... nak kuat apa nya... we have our own support system kot...

Yang tak berani walk off or buat apa2 keputusan ni sbb financially dependent je dengan spouse..hadap je laaaa perangai hazab or kecurangan kalo takde harta dan duit

dusunmind Publish time 29-8-2022 04:14 PM

Setelah empat tahun, i pun chow. Balik kampung tenangkan diri dan habiskan masa dgn ibu. Salah i juga sebab belakangkan keluarga. Ambil masa empat tahun utk buat keputusan. Syukur juga tak ada anak dgn ex tu. Skrg alhamdulillah, bertemu jodoh setelah kembali ke fitrah keluarga. Suami pun bestfriend dgn ibu.
Pages: [1]
View full version: Kekuatan hadapi pasangan curang


ADVERTISEMENT