Raline Publish time 31-3-2022 05:54 PM

Penampilan chic, ranggi seluar denim

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/monki-1s.png
JAHITAN sulaman kecil pada bahagian ‘terkoyak’ menyerlahkan sisi unik pada seluar jean ini.

Penampilan chic, ranggi seluar denim

SELUAR jean merupakan pakaian yang diperbuat daripada kain denim yang tebal dan sering digayakan secara kasual.

Malah, jean juga merupakan antara pakaian paling selamat dan sesuai digayakan dengan apa jua padanan oleh kerana sifatnya yang versatil.

Sekiranya tidak yakin dengan gaya yang mahu ditampilkan, seluar jean daripada rona biru gelap merupakan pilihan terbaik untuk digayakan dengan pakaian harian anda.

Jenama pakaian terkenal dari Sweden, Monki merupakan antara jenama yang cukup sinonim dengan gaya seluar jean yang chic dan ranggi.

Sama ada potongan ketat atau kaki lurus, seluar jean Monki sering kali menjadi pilihan buat penggemar gaya ranggi.

Tidak hairanlah, koleksi Yoko daripada jenama itu yang menampilkan jean dengan potongan pinggang high-waist dan potongan kaki yang lebar merupakan antara koleksi paling mendapat tempat di hati peminat.

Bagi menyerlahkan lagi gaya denim Yoko, Monki melancarkan seluar jean tersebut dalam beberapa gaya baharu yang lebih segar.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/monki-3ss.png
Potongan high-waist memberikan ilusi lebih tinggi.

Menurut Ketua Pereka Monki, Carolyn Carlyd, koleksi Yoko kali ini ditampilkan dalam beberapa gaya lunturan berbeza.

“Koleksi jean Yoko merupakan koleksi kesukaan pemakai jenama ini.

“Kali ini, kami bereksperimen dengan gaya lunturan warna serta motif berbeza dan tidak sabar untuk melihat bagaimana pemakai akan menggayakannya,” ujar Carlyd.

Jenama itu turut memperkenalkan beberapa pasang jean dengan jahitan sulaman.

Lebih menarik, jean yang disulam adalah sebenarnya merupakan seluar yang ‘terkoyak’ ketika proses penghasilannya.

Bagi mengelakkan pembaziran, Monki kemudian menghasilkan sulaman menarik pada bahagian-bahagian tertentu, sekali gus menawarkan pelanggannya sesuatu yang unik.

Ia juga dihasilkan dalam edisi yang terhad dan hanya boleh didapati di cawangan-cawangan terpilih.

Bagi koleksi musim bunga dan musim panas 2022, Monki memperkenalkan tiga model jean baharu yang diberi nama Nea, Thea dan Monokomi.

Nea merupakan seluar jean dengan gaya potongan kaki yang kembang bagi gaya retro.

Seluar jean gaya Thea dan Monokomi pula mempertaruhkan potongan kaki lurus dengan pinggang high-waist.

Potongan gaya baharu itu menyuntik kesegaran pada rekaan seluar versatil itu, menjadikan pemakai mempunyai lebih banyak pilihan untuk bergaya.

Bagi gaya 90-an yang chic, pemakai boleh memadankan aksesori menarik seperti tali pinggang hitam.

Jelas Carlyd lagi, apa yang menjadikan koleksi denim Monki lebih menarik adalah kerana ia dihasilkan menggunakan campuran kain kapas organik dan juga kain kapas yang dikitar semula.

Malah, sejak musim panas tahun lalu, jenama itu juga telah menambah lebih banyak saiz pinggang meliputi 24 inci sehingga 40 inci.

Koleksi Yoko boleh didapati di semua cawangan Monki atau secara online menerusi laman web www.monki.com.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/03/29/penampilan-chic-seluar-denim-potongan-lebar/

Pages: [1]
View full version: Penampilan chic, ranggi seluar denim


ADVERTISEMENT