Raline Publish time 31-3-2022 05:46 PM

Mudah marah, tidur terganggu sebab COVID-19

Mudah marah, tidur terganggu sebab COVID-19


https://assets.bharian.com.my/images/articles/murungg_1631586644.jpg
Kurang fokus dalam pekerjaan dan lain-lain urusan akibat kecelaruan minda.- Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Melihat angka kes COVID-19 turun naik boleh menjadi pencetus wujud kebimbangan melampau individu sehingga boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Situasi itu sekali gus turut menyebabkan perubahan 'mood' secara drastik, mudah marah, kurang minat berinteraksi, tiada selera makan, tidur terganggu, hilang fokus dalam kerja dan hilang keseronokan dalam kehidupan.

Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Shazrina Sabri, berkata masalah kesihatan mental boleh dilihat apabila berlaku perubahan atau gangguan terhadap kefungsian asas kehidupan.

"Sebagai langkah awal menjaga kesihatan mental mereka boleh berinteraksi secara maya bersama ahli keluarga dan rakan.

"Cuba memahami situasi harian dengan minda terbuka, positif, amalkan rutin harian yang tetap (tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari), hadkan maklumat berkaitan COVID-19 dan lakukan aktiviti pilihan," katanya.

Beliau berkata, apabila seseorang mengalami kecelaruan kemurungan ia akan membawa kesan kepada persepsi terhadap diri sendiri.

Jika menghidapi kemurungan kebanyakan masa terutama pada peringkat awal, minda bawah sedar lebih dominan daripada minda sedar.

"Minda bawah sedar banyak mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kita. Contoh, dari sudut pemikiran, kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita sebenarnya sedang berfikiran secara tidak rasional tentang perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita.

"Contohnya mengenai perkara semasa seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peristiwa yang berlaku secara berpanjangan dan berterusan termasuk kehilangan sumber pendapatan, terperangkap dalam hubungan toksik, tekanan di tempat kerja, dan pengasingan," katanya.

Beliau berkata, terapi antara kaedah bagi mengesan dan mengurangkan implikasi pencetus terhadap kesihatan mental itu.

Justeru, kaedah psikoterapi seperti 'cognitive behaviour therapy' boleh membantu individu sedar terhadap pemikiran negatif yang berlaku dalam keadaan minda bawah sedar serta membetulkan pemikiran itu secara rasional dan positif.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/dep_1631586648.jpg
Psikoterapi adalah antara kaedah digunakan ahli terapi untuk atasi masalah kemurungan.- Foto hiasan


Psikoterapi adalah antara kaedah digunakan ahli terapi untuk dilaksanakan secara efektif.

Shazrina berkata, pada masa sama, keluarga juga perlu memainkan peranan penting sebagai sumber sokongan emosi untuk individu yang mengalami masalah kesihatan mental di samping rawatan terapi.

Antara langkah diambil oleh ahli keluarga adalah mendengar luahan masalah individu itu tanpa pemikiran 'judgmental'.

Katanya, ahli keluarga digalakkan sentiasa mengawasi keadaan individu itu dari masa ke semasa dan bertanya khabar mereka.

"Ahli keluarga juga digalakkan untuk meluangkan masa bersama individu tanpa memaksa.

"Ia juga amat penting untuk mengawal atau memastikan individu itu mengambil ubat-ubatan mengikut preskripsi pakar psikiatri," katanya.

Ahli keluarga juga boleh mencadangkan supaya individu mendapat bantuan melalui perkhidmatan teleterapi, iaitu perkhidmatan psikoterapi atau kaunseling secara dalam talian dan bantuan melalui hotline sedia ada.


Sumber:https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/09/863733/mudah-marah-tidur-terganggu-sebab-covid-19

ipes2 Publish time 1-4-2022 06:03 AM

Ini psychological impact on knowing of the seriousness of the pandemic.
Good article @Raline

manjalara_01 Publish time 7-4-2022 09:42 PM

WO3U_m3BnK8
Pages: [1]
View full version: Mudah marah, tidur terganggu sebab COVID-19


ADVERTISEMENT