Raline Publish time 31-3-2022 04:35 PM

Waktu Solat Malaysia tawar 5 ciri khas

Waktu Solat Malaysia tawar 5 ciri khas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp%20Image%202022-03-31%20at%201.25.29%20PM.jpeg
Tingkatkan produktiviti anda sepanjang bulan Ramadan dengan lima ciri khas aplikasi Waktu Solat Malaysia


BULAN Ramadan yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam kini tiba.

Bagi membantu meningkatkan produktiviti sepanjang menyambut bulan yang mulia ini, aplikasi Waktu Solat Malaysia memperkenalkan lima ciri khas istimewa sempena bulan Ramadan.

Ramadan adalah masa untuk kita membina tabiat yang lebih baik dengan niat untuk mengutamakan solat.

Justeru, melalui notis waktu solat yang disediakan di aplikasi ini, anda dapat memanfaatkan waktu berkenaan.

Aplikasi ini juga dilengkapi Al-Quran digital supaya kita dapat lebih banyak membaca Al-Quran semampu yang mungkin sepanjang Ramadan.

Pada bulan Ramadan, doa orang berpuasa itu adalah mustajab, justeru aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis doa untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan juga seluruh umat Islam.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga menyediakan kelas dan video yang penuh dengan ilmu dan amal pada bulan Ramadan.

Pastikan anda memuat turun dan maklumkan kepada keluarga dan rakan anda mengenai Waktu Solat Malaysia.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/940757/waktu-solat-malaysia-tawar-5-ciri-khas

Pages: [1]
View full version: Waktu Solat Malaysia tawar 5 ciri khas


ADVERTISEMENT