Agent13k Publish time 31-3-2022 03:26 PM

Netizen Sakit Hati, Gadis Tertumpah Air Dalam Lif Langsung Tak Bertanggungjawab

Adab yang baik adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam kehidupan bersama masyarakat.

Lebih baik jika kita ada perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab untuk perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/31/142549c9dbzob7tt1d99jj.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan satu rakaman di dalam lif apabila minuman yang dipegang gadis itu tertumpah di dalam lif.


Reaksi daripada gadis itu yang membiarkan minuman tumpah itu di dalam lif seperti itu bukan kesalahannya.

7079986367656250651

Difahamkan, dalam rakaman CCTV itu seorang gadis yang masuk ke dalam lif tersebut sambil membawa makanan dan minuman di tangannya, tetapi minuman yang dipegang itu tertumpah ke dalam lif. Tetapi gadis itu langsung tidak melakukan apa-apa mahupun mengutip semula cawan itu dan gadis itu keluar lif seperti tiada apa-apa yang berlaku.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/31/142235vho14br6h4961u9q.pngkredit foto: TikTok



Menjengah komen di video itu pula, ramai netizen yang kecewa dengan perangai gadis itu dan walaupun tidak mampu untuk membersihkan air tumpah itu tetapi dia sekurang-kurangnya perlu mengambil cawan yang jatuh itu untuk dibuang. -CARI

iznanaziz Publish time 31-3-2022 04:13 PM

kalau jenis yg baik, sorang akan tahan pintu tu bagi gadis tu masuk bila tengok gadis tu pegang makanan dan minuman.nampak pintu lift tu gerak, nak tersepit gadis tu. tertumpah air yg dibawanya.tp inisiatif dia nak kutip cawan tu la...tak ada...dia biar je.

prettyuglybabe Publish time 31-3-2022 04:50 PM

angin la tu..
perut lapar tak sabar nak masuk lif balik rumah..
sekali air tumpah pulak..
lain kali sabar sikit..
tunggu orang keluar lif baru kau masuk..
tekan la button kat luar tu..
takde la pintu tu nak tertutup..
kan dah padan muka tersepit pintu sampai melayang air..
kalau dalam kedai mekdi boleh la dorang ganti :lol:

xtinkerbellx Publish time 31-3-2022 05:21 PM

Sepatutnya yg nak keluar tu tahan dulu lif. Common sense la.

jijilaaa Publish time 31-3-2022 05:23 PM

kalau jadi kat aku..dalam keadaan tangan penuh dgn pegang makanan tu...aku akan letak dulu makanan and handbeg dalam rumah...astu patah balik utk amik cup and bersihkan sekadar mampu sahaja
Pages: [1]
View full version: Netizen Sakit Hati, Gadis Tertumpah Air Dalam Lif Langsung Tak Bertanggungjawab


ADVERTISEMENT