Cintaerina Publish time 30-3-2022 03:05 PM

Anda Tertanya-Tanya Bagaimana Pekerja RnR Pergi Kerja? Inilah Jawapannya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/142453g6k94w0kg9r904k4.pngSumber: Tiktok Syahirnordin_




Baru-baru ini trend filter 'wajah bingung' dengan lagu background butterfly in the sky menjadi satu fenomena di platform Tiktok. Baru-baru ini, seorang wanita telah join trend itu dengan mempersoalkan bagaimana staff di perhentian Rehat dan Rawat (RNR) pergi kerja setiap hari?


7075169734064475418


Mesti ramai pembaca di sini yang tertanya-tanya bagaimana semua pekerja RnR pergi kerja setiap hari. Takkan staff RNR pergi kerja lalu highway setiap hari, kalau mereka duduk jauh memang mahal duit minyak dan tol lagi-lagi bila setiap hari ulang-alik pergi dan balik kerja.


Jangan risau kerana semalam, seorang pemuda yang dikenali sebagai syahirnordin di Tiktok telah membuat video khas untuk menjawab persoalan ramai orang ini. Sebenarnya ada jalan 'rahsia' yang boleh diakses oleh pekerja-pekerja untuk pergi ke RNR.


7080367783745293595


Menerusi perkongsian pemuda ini, setiap kawasan perhentian RnR pasti ada jalan rahsia untuk para pekerja pergi ke tempat kerja. Pemuda ini menunjukkan contoh tempat kerjanya iaitu di RNR Machap, Johor.


Tambah pemuda ini, jika staf bekerja di kawasan RNR seberang pula, mereka akan menggunakan laluan terowong di bawah lebuh raya yang memudahkan mereka untuk 'lintas' ke RNR seberang.


Meninjau ke ruangan komen, kelihatan ramai yang baru tahu jalan-jalan 'rahsia' ini. Rata-rata netizen juga mengambil peluang itu untuk berterima kasih kepada pemuda itu kerana telah menjawab persoalan mereka. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/142959j6qg9ms0w6eukegw.pngSumber: Tiktok Syahirnordin_






KamikuP Publish time 30-3-2022 03:20 PM

Bole ke kita guna jalan tu untk elak bayar tol?

Artemesiaa Publish time 30-3-2022 04:21 PM

Mestilah pihak syarikat dah sediakan kemudahan macam tu untuk pekerja demi keselamatan mereka juga.

cewekbopot Publish time 31-3-2022 08:57 AM

KamikuP: Bole ke kita guna jalan tu untk elak bayar tol?
boleh..kitorang pun kadang2 teringin makan mi rebus tol machap lalu jalan ni la :D

Kancilkering Publish time 31-3-2022 12:09 PM

teringat kesperkerja plus tol seremban tu kene rompak masa bawak duit tol..tu yg laluan tu berpgar macam nak rak……

jijilaaa Publish time 31-3-2022 05:30 PM

dah lama tauuuuuu
Pages: [1]
View full version: Anda Tertanya-Tanya Bagaimana Pekerja RnR Pergi Kerja? Inilah Jawapannya


ADVERTISEMENT