Cintaerina Publish time 30-3-2022 03:03 PM

"Risau Smash Kepala Je" - Pengantin Pemain Bola Tampar, Buat Gimik Perkahwinan Disambut Lambungan Bola

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/132325yqvdpqpo03xk4ppe.pngSumber: Tiktok anasfarid96




Lumrah setiap pasangan ingin membawa hubungan mereka ke peringat yang lebih serius dan pastinya setiap pasangan mempunyai impian majlis perkahwinan yang lancar serta sempurna mengikut tema yang dipilih sebagai satu simbol percintaan mereka.


7071860032538758426


Baru-baru ini, viral sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai anasfarid96. Menerusi video tersebut, kelihatan satu pasangan pengantin membuat sesuatu perkara yang berbeza di hari perkahwinan mereka. Sangat unik konsep yang dipilih oleh pasangan ini apabila ketibaan mereka di majlis itu telah disambut dengan 'lambungan' bola tampar.


Yang menarik perhatian ialah, gimik unik itu nampaknya langsung tidak menganggu ketibaan pasangan pengantin itu serta tetamu yang berada berdekatan.


Menurut pemilik akaun, pasangan pengantin itu merupakan pemain bola tampar. Maka disebabkan itu mereka sama-sama memilih untuk membuat gimik melambung bola tampar itu dan individu yang terlibat untuk membuat gimik tersebut ialah rakan-rakan mereka sendiri.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat kagum dengan pertunjukkan itu dan ramai jugak yang memuji kreativiti pasangan pengantin itu.-CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/132330ucqcwzgtq5twtcqc.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/132327s9i9cnkd3c9biirr.png

Sumber: Tiktok anasfarid96






Artemesiaa Publish time 30-3-2022 04:24 PM

Macam2 gimmik majlis ada
Pages: [1]
View full version: "Risau Smash Kepala Je" - Pengantin Pemain Bola Tampar, Buat Gimik Perkahwinan Disambut Lambungan Bola


ADVERTISEMENT