Agent13k Publish time 30-3-2022 02:58 PM

TikTok Sedang Uji Ciri Untuk Pengguna Temui Semula Video Yang Pernah Tonton Di TikTok.

Anda mungkin pernah mengalami perkara sebegini, anda sedang menonton video yang "trending" di halaman "For You" di TikTok, tetapi anda lupa untuk "like" video itu dan anda mahu melihat video itu balik tetapi ianya susah untuk temui video itu semula.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/30/132832jnnqgww7kwgrd4uw.pngkredit foto: Twitter/TheStar



Petikan dari SoyaCincau, Aplikasi TikTok baru-baru ini sedang uji ciri baru iaitu "Watch History", ianya membenarkan pengguna untuk melihat semula video yang pernah ditonton di dalam aplikasi video sosial itu.

https://twitter.com/MattNavarra/status/1507779877889613833?s=20&t=-YjuDOVvZyoYVJtGQr2WdA

Difahamkan, ciri ini sudah tersedia untuk sebahagian pengguna di TikTok dan ciri itu boleh ditemui pada bahagian "Settings and Privacy" di bawah "Content and Activity".

https://twitter.com/nickimaniya/status/1508613247221514245?s=20&t=-YjuDOVvZyoYVJtGQr2WdA

Tambahan pula, ramai yang suka dengan penambahan terbaru di TikTok ini kerana ramai yang berkata mereka selalu "refresh" secara tak sengaja di halaman "For You." -CARI

saviour_09 Publish time 30-3-2022 03:04 PM

kantoi la dgn bini tgk tiktok awek joget2 :lol:
Pages: [1]
View full version: TikTok Sedang Uji Ciri Untuk Pengguna Temui Semula Video Yang Pernah Tonton Di TikTok.


ADVERTISEMENT