tari Publish time 30-3-2022 11:08 AM

Anak badak sumbu Sumatera berjaya dilahirkan dalam kurungan

Edited by tari at 30-3-2022 11:10 AM

Anak badak sumbu Sumatera berjaya dilahirkan dalam kurunganSinar Harian
Mac 30, 2022 09:24 MYT


https://img.astroawani.com/2022-03/71648599657_AnakbadaksumbuSum.jpg


Anak badak Sumatera yang berjaya dilahirkan di Taman Negara Way Kambas di Sumatera. -Agensi

JAKARTA: Seekor anak badak sumbu Sumatera yang diancam kepupusan berjaya dilahirkan dalam program pembiakan dalam kurungan di sebuah Taman Negara Way Kambas, di Wilayah Lampung, Sumatera.

Kelahiran jarang berlaku ini sekali gus memberi harapan kemungkinan lebih banyak anak badak sumbu akan dilahirkan dalam kurungan pada masa hadapan.

Dalam satu kenyataan media Kementerian Alam Sekitar Indonesia, Ketua Pengarahnya, Wiranto memuji kejayaan langkah pembiakan tersebut.

Katanya, berita mengenai kelahiran anak badak sumbu betina ini sangat mengembirakan semua pihak ketika kerajaan Indonesia dan rakan kongsi berusaha meningkatkan populasi badak Sumatera.

Difahamkan, kelahiran anak badak itu hasil persenyawaan antara badak jantan diberi nama Andatu dan badak betina, Rosa.

Adartu merupakan badak pertama yang dilahirkan di santuari pada tahun 2012 hasil persenyawaan dua ekor badak sumbu dalam kurungan.

Manakala Rosa, yang ditangkap pada tahun 2005 di Taman Negara Bukit Barisan Selatan, Sumatera dan dibawa ke santuari sama.

Indonesia merupakan habitat terakhir spesies badak Sumatera yang lapan daripadanya berada dalam kurungan di Taman Negara Way Kambas dan seekor lagi di santuari Kelian di Borneo.







Pages: [1]
View full version: Anak badak sumbu Sumatera berjaya dilahirkan dalam kurungan


ADVERTISEMENT