Raline Publish time 30-3-2022 12:22 AM

Aisar Khaled beli kondominium mewah RM1 juta dekat KLCC...

Aisar Khaled beli kondominium mewah RM1 juta dekat KLCC... Bangga kumpul aset hartanah di usia 22 tahun

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2022%2F03%2F29%2F1532232.png

Aisar bersyukur miliki rumah di usia 22 tahun.


PERSONALITI media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri di usia 22 tahun akhirnya tercapai.

Menurut Aisar, kediaman jenis kondominium mewah berharga RM1 juta itu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

"Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasaan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.

"Awalnya tak jangka pun nak beli rumah ini tapi tiba-tiba terdetik di hati nak miliki rumah. Kalau saya tak duduk pun boleh dibuat pelaburan.

"Sejujurnya saya bangga dengan diri sendiri sebab selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki di usia 17 tahun akhirnya ini hasil yang saya miliki.



https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/03/29/1532233.jpg
Aisar gembira miliki rumah pertama.

"Saya bermula dengan seronok-seronok main Instagram, kemudian berlakon dan kini buat bisnes. Saya anggap semua ini adalah rezeki dari Allah untuk saya dan keluarga," katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Aisar berkongsi video dan foto ketika dia meninjau rumah yang baru dibeli itu.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan meminta pelakon filem Gila Gusti ini berkongsi tip dan nasihat untuk berjaya di usia muda.

"Nasihat saya kepada semua, jangan pernah berputus asa, sentiasa meneroka dan jangan takut cuba benda baharu. Jangan pernah rasa selesa dengan apa kita ada, di usia muda inilah kita kena usaha lebih sikit.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/03/29/1532242.jpg
Aisar sibuk uruskan perniagaan dan syarikat yang baru ditubuhkan.

"Buat macam-macam kerja, sentiasa berjumpa dengan ramai orang untuk kongsi ilmu dan pandangan. Jangan hanya duduk tanpa berusaha.

"Tapi paling penting kena pandai tentang pengurusan wang, semasa muda inilah kita cari duit banyak-banyak dan kerja keras. Teruskan menyimpan, jangan boros beli benda tak sepatutnya dan tak salah kalau cuba melabur di tempat yang betul," ujarnya.

https://www.instagram.com/reel/Cbmdl7HAFo9/?utm_source=ig_embed&ig_rid=48a70410-378e-4d62-b271-a72245933cdb

Berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakan, Aisar memberitahu dia membuka syarikat berasaskan pelaburan, baru-baru itu.

"Ini perniagaan saya sendiri. Tujuan saya jalankan bisnes ini untuk bantu anak muda berjaya dan miliki harta di usia muda.

"Tak ada masalah kalau sertai bidang pelaburan ini, yang penting kena ada ilmu. Walau apa pun pekerjaan kita buat, kunci utamanya kena rajin dan jangan cepat putus asa.

"Setiap pekerjaan ada risiko tapi insyaAllah kalau kita ada semangat pasti ada hasil. Jangan takut berdepan risiko, itulah yang akan mematangkan dan menguatkan kita untuk terus berjaya," katanya.


https://www.mstar.com.my

purplelilac Publish time 30-3-2022 12:50 PM

Rumah subsale ke? Awat kene bg duit kat chinese lady tu plak eh? Bukan loan n transaction diit semua bank urus ke? If kne depo pon mcm pelik je jinjit cash puluh ribu. Org selalu issue check.

kakakko Publish time 30-3-2022 02:10 PM

Content semata kot.. Ntah2 sewa je. ;P

hareeeesah Publish time 30-3-2022 04:58 PM

kakakko replied at 30-3-2022 02:10 PM
Content semata kot.. Ntah2 sewa je.

Second that.. keta-keta mahal yg fonder dok tayang pun bleh sewa inikan plak rumah

kakakko Publish time 30-3-2022 05:15 PM

hareeeesah replied at 30-3-2022 08:58 AM
Second that.. keta-keta mahal yg fonder dok tayang pun bleh sewa inikan plak rumah

Dia ni kan sejenis boleh buat apa saja demi content. ;P

azimodin Publish time 30-3-2022 05:45 PM

Kenapa beli tumah yg bersidat duniawi, kenapa xderma je duit yg ada dan hidup dengan penuh zuhud. Haritu kemain lagi compare orang yg nak attend concert dengab orang yg pergi masjid. Munafikunnnn

exclusive_vvip Publish time 30-3-2022 06:05 PM

kakakko replied at 30-3-2022 05:15 PM
Dia ni kan sejenis boleh buat apa saja demi content.

solat depan stesen minyak yg terang2 dah ada surau ;P

kakakko Publish time 1-4-2022 02:22 PM

exclusive_vvip replied at 30-3-2022 10:05 AM
solat depan stesen minyak yg terang2 dah ada surau

Kannn. Dan banyakkkk lagi content pelik. So tak rasa berita ni benar.

mijot Publish time 13-4-2022 12:36 PM

ada netizen komen, sewa jer kot..
sbb nipis sgt perjanjian yg dia sign...

namieamuro Publish time 13-4-2022 12:41 PM

kantoi sewa jela :lol:

watie79 Publish time 13-4-2022 12:47 PM

kat mana yg kata LHDN komen kat post dia tu..ai cari kat IG dia takder pon..

vanillaninja Publish time 14-4-2022 08:57 AM

Bengapnya heols tak reti beza tenancy agreement dengan SPA :'(

LipasComel Publish time 14-4-2022 09:53 AM

Dia ingat netizen ni semua budak2 baya dia yg dia boleh kenceng? Ingat kita yg adult ni tak tau beza spa dengan tenacy agreement agaknya :lol:

melinda_kerr Publish time 14-4-2022 11:49 AM

Katanya rumah sewa pulak.. die ni kn entahlah sanggup menipu jugak ek sebab content. Ngeri sapa2 yg jadikan die ni mentor forex. Baikla cari org lain.

chillipepper Publish time 14-4-2022 12:46 PM

Dia sign tu tenancy agreement je kan. Mana ada S&P nipis gitu. Unless dia sign booking form and bayar downpayment

fefeeling Publish time 17-4-2022 06:50 PM

chillipepper replied at 14-4-2022 12:46 PM
Dia sign tu tenancy agreement je kan. Mana ada S&P nipis gitu. Unless dia sign booking form and baya ...

If byr downpayment pun mana ada org amik cash sekelepuk gitu tak memasal kena rompak agent or banker tu.. unless duit wash wash terpaksa la tunai jugak taknak dihidu bank or lembaga hehehe
Pages: [1]
View full version: Aisar Khaled beli kondominium mewah RM1 juta dekat KLCC...


ADVERTISEMENT