Agent13k Publish time 29-3-2022 02:38 PM

Ajak Bertumbuk Dengan Abang Rela Tapi Kecut Bila Cabaran Disahut

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan seorang lelaki yang dikatakan bergaduh di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/29/132223lggxekfyfgryzpkr.pngkredit foto: TikTok



Menurut laporan dari Majoriti, perkara itu berlaku di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan punca mereka bergaduh kerana pengunjung berkenaan tidak berpuas hati apabila dia dihalang masuk untuk mengambil vaksin kerana lambat tiba di PPV tersebut.


7079643773751397659

Difahamkan, lelaki itu mempersoalkan anggota berkenaan kenapa ada pengunjung lain yang lebih lewat daripadanya dibenarkan naik ke ruang vaksinasi terlebih dahulu dan perkara itu mencetus perbalahan di antara mereka sehinggakan pengunjung terbabit mengajak anggota tersebut untuk bertumbuk di luar PPV.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak jadi bergaduh dengan anggota berkenaan selepas ditenangkan anggota Rela yang lain.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/29/131416zuyn088yn650gekc.pngKredit foto: TikTok



Menjengah komen pula, ramai memuji ketegasan anggota Rela dan berharap orang ramai tidak melakukan perkara sama kepada mereka yang bertugas. - CARI

zarulnazmi Publish time 29-3-2022 03:14 PM

ibarat menumbuk padi hampa suara kedengaran isi tiada
Pages: [1]
View full version: Ajak Bertumbuk Dengan Abang Rela Tapi Kecut Bila Cabaran Disahut


ADVERTISEMENT