leon_mclaren78 Publish time 28-3-2022 08:12 PM

[tvN] "When The Stars Gossip / Ask The Stars" 별들에게 물어봐 (2023) ~ Lee Minho, Gong Hyojin, Han Jieun

Edited by leon_mclaren78 at 4-7-2022 09:53 PM



Actor Lee Minho is confirmed for the main character of the drama "When the Stars Gossip"!

He will play the role of "Gong Ryong," an obstetrician who goes to the space station as a title of a space traveler.

Please give Lee Minho a lot of support for his new venture in the space station which shown in the drama for the first time in Korea. :laugh3:

(source: MYM Entertainment)

leon_mclaren78 Publish time 28-3-2022 08:15 PM

Edited by leon_mclaren78 at 28-3-2022 08:40 PM

Kisah Cinta Di Angkasa Lepas, Gong Hyojin & Lee Minho Sah Terajui ‘Ask The Stars’
March 28, 2022

https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2022/03/28020514/gong-hyojin-lee-minho-696x522.jpg

Bukan lagi khabar angin, Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin disahkan bakal menerajui drama “Ask The Stars”.

Ia membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di stesen angkasa. “Ask The Stars” akan diarahkan oleh pengarah Park Shin-woo (“It’s Okay To Not Be Okay” dan “Lovestruck In The City”) mankala skrip akan ditulis oleh Seo Sook-hyang (“Jealousy Incarnate” dan “Pasta”).

https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2022/03/28020350/ezgif.com-gif-maker-2022-03-28T100346.641.jpg
Lee Min-ho disahkan akan melakonkan watak Gong Ryong, seorang doktor OB-GYN (Obstetrik & Ginekologi) yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat dan sampai ke stesen angkasa sebagai pelancong. Manakala Gong Hyo-jin akan menjadi Eve Kim, seorang angkasawan kacukan Korea-Amerika.

“Ask The Stars” dikhabarkan bakal menemui penonton pada 2023 nanti.

Teruja tak?
(source: Kimchi Daily)



leon_mclaren78 Publish time 28-3-2022 08:17 PM

Edited by leon_mclaren78 at 28-3-2022 08:42 PM

Han Jieun Dilamar Sertai Lee Minho & Gong Hyojin Dalam ‘Ask The Stars’https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2022/03/28070540/hje-696x522.png

Pada 28 Mac, seorang pegawai hiburan memberitahu Sports Chosun bahawa Han Ji-eun akan turut menjadi watak utama dalam drama “Ask The Stars”, yang telah disahkan akan diterajui oleh Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin.

Sebagai tindak balas, agensi bagi Han Ji-eun memberi respon,

"Han Ji-eun menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Ask the Stars’ dan sedang menyemaknya secara positif."

https://upload.kimchidaily.my/wp-content/uploads/2022/03/28070549/jieun.png
Han Ji-eun dilamar untuk memainkan watak Choi Choi-eun, Ketua Pegawai Eksekutif Mirae Electronics dalam Kumpulan Mirae. Merupakan anak perempuan Choi Jae-ryong, Choi Choi-eun merupakan bakal pengantin perempuan yang akan mengahwini watak Lee Min-ho.

Sementara itu, “Ask The Stars” akan membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di stesen angkasa. Ianya diarahkan oleh pengarah Park Shin-woo (“It’s Okay To Not Be Okay” dan “Lovestruck In The City”) manakala skrip akan ditulis oleh Seo Sook-hyang (“Jealousy Incarnate” dan “Pasta”).

Harap-harap Han Ji-eun terima tawaran ini!

(kredit: Kimchi Daily)

nadie90 Publish time 6-5-2022 04:18 PM

Katanya keluar awal tahun depan huhu

lonso Publish time 7-6-2022 08:58 AM

harap lee min ho bolehlah catch up dgnperformance fl dan side kick dia.. dlm sunja pun kena kritik..

zehra2 Publish time 9-6-2022 01:34 PM

heroin tak best:laugh3:

leon_mclaren78 Publish time 4-7-2022 09:49 PM

Lee Minho update IG heols berselfie dgn Gong Hyojin smlm (3 Julai 2022)...heols dgn co-star memana pun nampak kimia even level noona semuanya...:$
Heols jarang nk upload gambo co-star kat IG heols. Fans yg x alert ramai patah hati tgk gambo2 nih... ;P

Baru helok rupa heols lepas dh trim pendek rambut... hari tu rimas plak nengoknyaa....:dizzy:




xyla73 Publish time 4-7-2022 10:52 PM

lambatnya alahai nak tunggu drama baru Gong Hyo Jin...tahun depan ye baru kuar?
drama2 dia jarang fail...
harap2 drama ni pun tak fail...ni dari team PD & writer yg sama dgn Jealousy Incarnate...

yg tak kenal dia memang ler main terjah je kutuk dia cakap tak lawa...
tapi iols suka dia sebab dia ada stail tersendiri bila berlakon...

leon_mclaren78 Publish time 4-7-2022 11:54 PM

xyla73 replied at 4-7-2022 10:52 PM
lambatnya alahai nak tunggu drama baru Gong Hyo Jin...tahun depan ye baru kuar?
drama2 dia jarang fa ...

Kalo ikut jadual theyols hanya akan selesai shooting drama ni bulan September nnt. Tak tau la tahun dpn tu release bulan berapa.

trexxxxxi Publish time 5-7-2022 01:20 PM

Mereput nak tunggu tahun depan :curse::'(
Bukan I nak tengok abe minho sgt pun
Lama tak tengok GHJ berlakon
Pages: [1]
View full version: [tvN] "When The Stars Gossip / Ask The Stars" 별들에게 물어봐 (2023) ~ Lee Minho, Gong Hyojin, Han Jieun


ADVERTISEMENT