CARI-MRO Publish time 28-3-2022 05:27 PM

Tak Boleh Menyusu Anak, Ibu Buang Bayi 1 Bulan Dalam Perigi

Seorang wanita menjadi suspek utama kes pembuangan bayi yang juga anak kandungnya.


Menerusi kejadian di Jember, Jawa Timur, pada Rabu lalu, wanita itu disyaki membuang anaknya yang berusia sebulan dalam sebuah perigi.


"Kami sudah menetapkan ibu bayi itu sebagai suspek," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jember AKP Komang Yogi Arya Wiguna.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/28/172440yos7c2b7kdcc7uk2.pngFoto: Kompas




Suspek kini berdepan pertuduhan jenayah dan berkemungkinan dipenjara selama tiga tahun.


Hasil siasatan mendapati wanita itu bertindak sedemikian kerana sering dibuli.


Difahamkan, pelaku nekad membuang bayinya kerana tidak berupaya memberi susu badan selama ini.


"Suspek mengaku sering dibuli, dianggap wanita kurang sempurna kerana bayi itu tidak disusukan,” kata polis lagi. -CARI


Sumber: mStar Online/ Kompas

airmineral Publish time 28-3-2022 08:17 PM

mmg stress kalau xdpt susukan anak dgn susu bdn
stress sbb org² sekeliling

eyansss Publish time 28-3-2022 10:34 PM

manusia mulut celaka memang camni…teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu susu badan keluar sikit…

nononcrux Publish time 29-3-2022 09:26 AM

eyansss replied at 28-3-2022 10:34 PM
manusia mulut celaka memang camni…teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu s ...

ade terbaca kat FB, mak beza2kan susu lembu dgn formula.. hangsuang jugak mulut mcm ni

nurul_akmar Publish time 29-3-2022 09:50 AM

Netizen mulut kalau mengata mmg xde penapis.. xpasal2 mak dia kena jel. Anak mati. Dh la emosi mak yg baru bersalin x stabil lg.. ada org mebi lepas bersalin sihat mental n fizikal. Ada org lambat sikit nk pulih.. kena pulak sindrom meroyan..

So skang Puas la hati jiran2 tu sume.. next mengata mak dia pembunuh pulak. Dorg xtau, dorg la sbnrnya pembunuh..

eyansss Publish time 29-3-2022 10:24 AM

nononcrux replied at 29-3-2022 09:26 AM
ade terbaca kat FB, mak beza2kan susu lembu dgn formula.. hangsuang jugak mulut mcm ni

tu lagi bangang...meluat betul dengan mak2 terpaling ni...

copy_paste Publish time 29-3-2022 10:48 AM

eyansss replied at 28-3-2022 10:34 PM
manusia mulut celaka memang camni…teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu s ...

vodow betul la mulut puaka mcm tu,
kalau aku jumpe org jenis mulut mcm tu mmg aku akan ckp lepas je dengan dia,
jenis otak kampung looser

Straya Publish time 29-3-2022 11:57 AM

Nyampah pulak aku will smith.Memang dr dulu nampak jada ni wears the pants in the marriage.Dah berskandal pun laki sayang.Yang jadi host oscar ni semua comedien. Before this ellen,billy crystal,rick gervais semua membahan orang.Rick tu membahan lagi teruk

Artemesiaa Publish time 29-3-2022 03:15 PM

Terlalu stress boleh buat orang hilang pertimbangan.Orang sekeliling sepatut yang bagi semangat bukan merendah-rendahkan orang lain.

raxief Publish time 29-3-2022 11:41 PM

Straya replied at 29-3-2022 11:57 AM
Nyampah pulak aku will smith.Memang dr dulu nampak jada ni wears the pants in the marriage.Dah bersk ...

owh bini will smith ke yg buang bayi ni .................

Straya Publish time 30-3-2022 10:43 AM

raxief replied at 29-3-2022 11:41 PM
owh bini will smith ke yg buang bayi ni .................

Haha silap. Patut la aku cari kat thread satu lagi takde post aku
Pages: [1]
View full version: Tak Boleh Menyusu Anak, Ibu Buang Bayi 1 Bulan Dalam Perigi


ADVERTISEMENT