Cintaerina Publish time 28-3-2022 05:13 PM

"Allah Tidak Suka Kita Sedih Seperti Itu" – Netizen Tegur Gadis Meratap Sampai Terbaring Di Kubur Bapa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/28/161128tl9695xj9w2mppp2.pngSumber: Tiktok Sasgita26




Tidak dinafikan, pemergian ibu bapa merupakan satu keperitan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.


Baru-baru viral satu video di Tiktok yang menunjukkan rintihan seorang anak yang kehilangan bapa buat selama-lamanya.


7078084677919198490


Video itu telah dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Sasgita. Menerusi video itu, kelihatan dia menangis sambil memeluk kubur bapanya dalam keadaan terbaring di atas tanah. Turut dilihat beberapa orang wanita yang cuba menenangkan dirinya yang meratap pemergian bapanya.


Meninjau ke ruangan komen, gadis itu menerangkan bahawa dia merupakan anak tunggal dan kehilangan bapanya adalah satu perkara yang sukar diterima.


Ramai warga Tiktok mengambil peluang untuk mengucapkan takziah. Ada juga yang turut berkongsikan kesedihan yang sama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/28/161129z5prh78e7pqz8q4f.jpgSumber: Tiktok Sasgita26







Namun, sesetengah warga Tiktok menegur gadis itu kerana seolah-olah dia seperti meratap dan tidak dapat menerima ketentuan Ilahi.


Mereka juga menasihati gadis ini bahawa tindakannya itu tidak elok dan dia perlu banyakkan bersabar dan reda dengan ujian Allah. -CARI

cikatilia Publish time 28-3-2022 05:34 PM

hermmm kalau sendiri upload mmg beria posing berlakon sebegitu

shernazz Publish time 28-3-2022 05:57 PM

Demi content...:lol:

felinecat Publish time 28-3-2022 07:22 PM

Indon mendoniaaa. Demi content. Siap letak lagu.. Yg a eh2 saje depa ni

swimswim Publish time 28-3-2022 09:26 PM

Aku ni duduk dkt mana, asyik berita indo je masuk sini

bakingsoda Publish time 28-3-2022 10:03 PM

masa tgk video tu sedih la jugak, tapi bila tau tuan badan sendiri upload erkkk, bapak meninggal pon buat modal content :L

elzy Publish time 29-3-2022 08:24 AM

Hurmmm sejenis hamak content..

rain2169 Publish time 29-3-2022 08:51 AM

oooo kat Indon rupanya......
no comment..

belacan_gurl Publish time 29-3-2022 08:58 AM

Bodoh ..dah mcm org negara India sana meratap ayooo amma appa sambil ketuk kepala

awenda507 Publish time 29-3-2022 10:29 AM

sakit mental manusia skg. demi content sanggup la buat peel bkn2

saviour_09 Publish time 29-3-2022 11:34 AM

friskies bila somi jusa cdefg dia mati

ezacbee Publish time 29-3-2022 01:02 PM

Kawasan perkuburan pun sibuk nak merakam bagai.. baik ko baca yaasin, neng.

buapakperut Publish time 29-3-2022 02:18 PM

Stail tudung friskies tu dah tau betapa loratnya dorang ni demi content

raxief Publish time 29-3-2022 11:31 PM

yindon kalau kat kubur mmg over.. diorg ni bangsa emosi, sbb tu lagu2 diorg pun mellow, filem pun mcm tu.. ada apa dgn cinta, syurga yg x dirindukan.. hmmm.. tulis komen pun ala2 puitis gitu.. tu belum tajuk kat utube channel diorg.. xleh masuk aku

matjerk Publish time 30-3-2022 07:16 AM

Oo tuan badan sendiri hupload????
Hmmmm

giyomi Publish time 30-3-2022 10:02 AM

klu betul syg mmg sedih tgk tp klu demi tuk tambah viewers, sila mereput

Artemesiaa Publish time 30-3-2022 04:30 PM

Harap dapat like tapi pasti hasilnya lari dari yang diharapkan

faraway1 Publish time 30-3-2022 06:14 PM

Mungkin memang sedih.. Doa ajelah kita tak meratap camni jika hilang anak ke apa
Pages: [1]
View full version: "Allah Tidak Suka Kita Sedih Seperti Itu" – Netizen Tegur Gadis Meratap Sampai Terbaring Di Kubur Bapa


ADVERTISEMENT