mattzzx Publish time 27-3-2022 04:39 PM

Kos baharu pengambilan amah Indonesia diumum April

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhawang27o_1648368644.jpg
Awang (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Hospital Pendang di sini, hari ini. - FOTO NSTP/ NOORAZURA ABDUL RAHMAN

PENDANG: Kerajaan akan mengumumkan kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia selepas memorandum persefahaman (MoU) mengenainya ditandatangani April ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, struktur kos RM7,800 yang dimaklumkan sebelum ini adalah berdasarkan persetujuan Kumpulan Kerja Bersama Kesembilan pada September 2013 dalam MoU yang tamat pada 2016.

"Itu adalah kos lama berdasarkan MoU yang sudah tamat pada 2016. Memorandum pekerja domestik Indonesia yang baharu dijadualkan ditandatangani kedua-dua negara (Malaysia-Indonesia) di Jakarta pada awal April ini.

"Jadi struktur kos pengambilan domestik Indonesia akan diumumkan selepas MoU ini ditandatangani," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak di Hospital Pendang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ibrahim Ahmad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr Othman Warijo.

Ditanya sama ada akan berlaku kenaikan kos pengambilan pekerja domestik Indonesia, Awang berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan kos itu atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, beliau belum dapat menjangkakan sejauh mana peratusan kenaikan kos pengambilan pekerja domestik Indonesia berbanding beberapa tahun lalu.

"Tidak semestinya naik dan tidak semestinya turun, kita akan semak semula dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Awang berkata Hospital Pendang yang dalam pembinaan di Kampung Banggol Pauh, kini sudah mencapai tahap 95 peratus siap.

Katanya, Hospital Pendang yang mula dibina pada 2018 dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini bagi memberi manfaat penduduk setempat.

"Kita jangka bangunan hospital ini akan siap pada hujung tahun ini dan ia akan mula beroperasi selepas peralatan dan mesin perubatan dari luar negara siap dibawa masuk," katanya.
Pages: [1]
View full version: Kos baharu pengambilan amah Indonesia diumum April


ADVERTISEMENT