mattzzx Publish time 27-3-2022 02:45 PM

100 pelajar asnaf terima Simpan SSPN

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/03/27/1641465.jpg
Wan Saiful membantu salah seorang penerima menggalas beg ketika menyampaikan sumbangan di Program Jelajah Simpan SSPN 2022 di Hotel Aseania, Pantai Chenang, Langkawi pada Sabtu.

LANGKAWI - Seramai 100 pelajar asnaf di sekitar Langkawi menerima sumbangan dalam bentuk akaun Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime bernilai RM100 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10,000.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, program terbabit turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (MRSM Langkawi), pihak sekolah dan pemimpin setempat.

Katanya, program Jelajah Simpan SSPN 2022 melibatkan sumbangan zakat PTPTN kepada 3,000 orang pelajar asnaf dari 30 kawasan terpilih di beberapa negeri yang diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan peruntukan sebanyak RM300,000.

"Di Kedah program berkenaan akan melibatkan 16 kawasan dan salah satu daripadanya adalah di Langkawi," katanya yang turut hadir Program Jelajah Simpan SSPN 2022 di Hotel Aseania, Pantai Chenang, di sini pada Sabtu.


Menurutnya, program seumpama itu sudah tentu akan memberi manfaat kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan.

"Inilah bukti usaha PTPTN yang sentiasa prihatin untuk membantu dan menyokong masyarakat dalam memartabatkan pendidikan," katanya.

Wan Saiful menambah, lain-lain agensi turut dialu-alukan agar memberikan sumbangan kepada pelajar sekolah dalam bentuk akaun Simpan SSPN.

"Dengan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN, manfaatnya akan menjadi berlipat kali ganda sebab kita ada takaful percuma, Geran Sepadan dan ada dividen yang kita beri di samping boleh mengurangkan kebergantungan kepada hutang pada masa depan.

"Kalau ada hadiah pertandingan yang hendak diberi kepada golongan muda dalam bentuk wang tunai, apa kata pertimbangkan untuk beri hadiah tersebut dalam bentuk akaun Simpan SSPN, yang akan memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/194912/BERITA/Nasional/100-pelajar-asnaf-terima-Simpan-SSPN
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: 100 pelajar asnaf terima Simpan SSPN


ADVERTISEMENT