mattzzx Publish time 27-3-2022 12:27 PM

Langkawi sedia sambut pelancong antarabangsa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj20073521_1648354703.jpg
Langkawi: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melakukan persiapan rapi bagi menyambut ketibaan pelancong antarabangsa sejurus pembukaan sempadan negara, Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, pelbagai acara dirancang bertujuan merancakkan kembali pulau ini selain sebagai tanda penghargaan dan kemesraan penduduk tempatan.

"LADA telah membuat penyelarasan untuk mengadakan sambutan bersesuaian bagi ketibaan pelancong penerbangan terus dari Singapura pada 5 petang, Jumaat ini.

"Disusuli setengah jam kemudian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bersama sekumpulan pelancong asing yang transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut tiba," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Terdahulu, Nasaruddin turut menyertai acara Kayuhan Malam Earth Hour sejauh 10 kilometer bermula di pekarangan Menara Maha mengelilingi pekan Kuah dan berpatah balik.

Seramai 200 peserta menyertai acara itu yang juga sebahagian aktiviti disusun sempena ulang tahun LADA ke 32, disambut selama 15 hari berakhir Khamis ini.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/27322hamzah1_1648354705.jpg
NASARUDDIN (baju kuning) bersama peserta bersedia memulakan Kayuhan Malam Earth Hour. FOTO Hamzah Osman
Pages: [1]
View full version: Langkawi sedia sambut pelancong antarabangsa


ADVERTISEMENT