mattzzx Publish time 26-3-2022 03:38 PM

Tempahan Dibuka Bagi Aprilia SR GT 200

Edited by mattzzx at 2-4-2022 03:43 PM


Aprilia telah pun melancarkan skuter ADV sulung menerusi SR GT 200 di Jepun, beberapa bulan selepas didedahkan kepada umum di EICMA, November tahun lalu.
Walaupun tampil dengan dua varian, 125 dan 200, namun hanya model yang lebih besar diperkenalkan di negara matahari terbit itu.
https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-10.jpg?resize=640%2C427Sebelum ini telah pun dilaporkan bahawa skuter 200cc itu sah akan memasuki pasaran Malaysia tida lama lagi.
Namun ketika itu tiada ura-ura apakah harga yang akan ditetapkan.
Bagaimanapun, salah satu pengedar tempatan, Ng Brothers menerusi perkongsian terbaru di Facebook memaklumkan bahawa skuter itu akan dijual pada harga bawah RM20 ribu.
https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-1.jpg?resize=640%2C427Meskipun sebuah skuter, namun Aprilia masih mengekalkan DNA rekaan sama seperti model berkuasa tinggi lain terutamanya di bahagian lampu depan yang tampil dengan ciri tri-LED dengan fungsi DRL (daytime running light).
https://i2.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-6.jpg?resize=640%2C427Namun rekaan menarik tertumpu kepada bahagian keseluruhan badan yang menampilkan elemen ADV (seperti Honda ADV 150) antaranya penghadang angin tinggi dan rekaan agresif.
https://i0.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-8.jpg?resize=640%2C427Aprilia SR GT 200 ini juga dilengkapi dengan ‘handlebar’ yang lebar dan tempat letak kaki yang luas bagi memastikan tunggangan kekal selesa untuk kegunaan harian.
https://i2.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-12.jpg?resize=640%2C427Skuter maxi 200cc ini juga dilengkapi dengan paparan digital LCD dan sistem enjin start/stop automatik bagi memastikan penjimatan minyak lebih baik sewaktu berhenti.
Antara ciri menarik lain ditawarkan:

[*]tangki 9L
[*]fork teleskopik 33mm Showa
[*]penyerap hentakan berkembar Showa
[*]cakera brek 260mm depan dan 220mm belakang
[*]rim 14-inci depan, 13-inci belakang
[*]tayar jenis ‘knobby’

https://i1.wp.com/motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2021/11/Aprilia-SR-GT-200-1.jpg?resize=640%2C427

Pages: [1]
View full version: Tempahan Dibuka Bagi Aprilia SR GT 200


ADVERTISEMENT