mattzzx Publish time 26-3-2022 03:07 PM

PGA Briged Utara siap sedia pembukaan sempadan

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/03/26/1640562.jpeg
Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis

ALOR SETAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara telah melakukan persiapan dan menunggu arahan selanjutnya dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi persediaan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand di sini 1 April depan.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, persediaan turut dilakukan dari segi penambahan anggota sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Katanya, kebiasaannya terdapat lebih kurang 30 anggota bertugas dalam satu- satu masa tertentu.

"Sekiranya ada penambahan kemasukan pelancong dari negara jiran mungkin kita akan tambah anggota bertugas untuk melancarkan proses kemasukan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Menurutnya, PGA juga bersedia untuk membuat penambahan sekatan jalan raya di sempadan sebagai langkah keselamatan.

"Sekatan ini untuk pemeriksaan dan lain-lain keperluan sebelum pelancong meneruskan perjalanan di Malaysia.

"Bagaimanapun, semua persediaan ini bergantung kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa," katanya.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April depan.


Katanya, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/194787/EDISI/PGA-Briged-Utara-siap-sedia-pembukaan-sempadan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: PGA Briged Utara siap sedia pembukaan sempadan


ADVERTISEMENT