Raline Publish time 26-3-2022 01:33 PM

Fatimah Al-Fihri, Kenali Sejarah Pengasas Universiti Tertua Di Dunia

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/03/22191617/siakap-keli-article-cover-1647947748-740x386.jpeg

Fatimah Al-Fihri, Kenali Sejarah Pengasas Universiti Tertua Di Dunia

Universiti adalah tempat kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi setelah lima atau enam tahun menghabiskan waktu di sekolah.

Sebelum itu, kita acap kali didedahkan dengan tokoh-tokoh Islam dan rata-ratanya adalah tokoh lelaki. Amat jarang kita didedahkan dengan tokoh wanita, bukan?

Oleh itu, hari ini Siakap Keli akan kongsikan kisah tokoh wanita yang merupakan pengasas kepada universiti pertama dan juga tertua di dunia.

Pengasas universiti tertua
Fatimah Al-Fihri atau nama penuhnya Fatimah Binti Muhammad Al-Fihriya merupakan seorang wanita Muslim dan juga pengasas kepada universiti tertua di dunia yang dicatatkan oleh UNESCO, iaitu Universiti Al-Qarawiyyin.

Difahamkan, universiti ini telah dibina di Morocco pada tahun 859-Masihi di mana universiti lain seperti Cambridge dan sebagainya dibina selepas 500 ke 600 tahun kemudian.

Bercerita mengenai universiti tertua di dunia, sudah pasti Universiti Al-Qarawiyyin ini adalah salah satu unversiti yang berpengaruh di dunia. Ketika ia dibina, zaman tersebut dikatakan sebagai zaman kegemilangan Islam atau ‘The Gloden Age Of Islam’ dan merupakan zaman kegelapan di Eropah.

Fatimah Al-Fihri adalah merupakan wanita dari anak seorang saudagar kaya yang telah berpindah ke satu bandar yang kini dikenali sebagai Bandar Tunisia.

Di sinilah beliau mula membina sebuah universiti ataupun masjid yang diberi nama sebagai Al-Qarawiyyin.
Setelah suami dan ayahnya meninggal dunia, Fatimah ditinggalkan dengan harta kekayaan yang sangat banyak begitu juga adiknya, Mariam Al-Fihri.

Oleh yang demikian, Fatimah mengambil keputusanmembina masjid dan sebuah institusi pengajian dari harta kekayaan yang telah ditinggalkan kepada beliau.

Jika dia adalah pengasas kepada universiti tertua di Dunia, Mariam Al-Fihri pula merupakan pengasas kepada Masjid Al-Andalus yang terletak di Sepanyol.

Menariknya, Universiti Al-Qarawiyyin ini dahulunya adalah sebuah masjid dan seperti yang kita tahu, masjid adalah sebuah pusat aktiviti utama bagi umat Islam.

Jadi, semua umat Islam pada zaman itu akan berkumpul di masjid tersebut untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaca kitab, sesi pembelajaran agama, bersosial dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, sebenarnya asal usul nama Al-Qarawiyyin diambil sempena tempat tinggal Fatimah Al-Fihri itu sendiri iaitu Kairouan. Maka wujudlah nama Universiti Al-Qarawiyyin.

Selain itu juga, universiti ini turut terkenal dengan tinggalan-tinggalan sejarah dan manuskrip-manuskrip lama seperti Al-Quran versi lama yang ditulis dengan tulisan serta teknik kaligrafi kufi di atas kulit unta. Terdapat juga kitab-kitab lain seperti fiqh, astronomi dan sebagainya.

Untuk makluman anda, universiti ini juga telah berjaya lahirkan sarjana-sarjana lain seperti Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Khaldun. Malah ada ilmuan Yahudi dan Kristian juga merupakan alumni dari universiti ini.

Fakta menarik, Pope Sylvester II merupakan salah seorang alumni dari Universiti Al-Qarawiyyin dan telah memperkenalkan nombor arab kepada Eropah yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Namun, kisah Fatimah Al-Fihri memang tidak diceritakan dengan lebih mendalam dalam sejarah bagaimana kehidupan awal beliau. Mungkin ia disebabkan oleh kejadian kebakaran yang berlaku di Universiti Al-Qarawiyyin pada zaman itu.

Untuk menonton pelbagai kisah menarik tokoh-tokoh dalam sejarah Islam, boleh ikuti Siakap Keli di Youtube seperti di bawah ini.


3gGYWZrOMOM


Pages: [1]
View full version: Fatimah Al-Fihri, Kenali Sejarah Pengasas Universiti Tertua Di Dunia


ADVERTISEMENT