Raline Publish time 26-3-2022 09:31 AM

Ternak keli dalam kolam renang cucu

Ternak keli dalam kolam renang cucu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm193kolam_1648248315.jpg
BAHARI Ahmad, 64, dari Kampung Bukit Guntung, Manir bersama ikan keli yang diternak di kolam renang milik cucu di rumahnya. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Seorang warga emas meraih pendapatan yang lumayan hasil menternak lebih 300 ikan keli sejak tiga tahun lalu.

Uniknya apabila ikan keli itu diternak di dalam kolam renang milik cucunya, Muhamad Zafri Irfan Mohd Dina, 8, dan Ilham Arshad Norhisham, 6, yang dibina di hadapan rumahnya.

Bahari Ahmad, 64, dari Kampung Bukit Guntung, Manir berkata, dia menternak pelbagai jenis ikan keli termasuk ikan keli Afrika itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

"Saya bosan berkurung di rumah menyebabkan saya mengambil keputusan menternak ikan keli.

"Lebih 300 ikan keli itu diternak di dalam kolam renang bersaiz 4 kaki lebar dan panjang 22 kaki yang dibina untuk cucu.

"Saya berbelanja RM5,000 membina kolam renang untuk cucu, tetapi memandangkan ketika PKP cucu tidak datang ke rumah, saya mengambil keputusan menternak ikan keli di dalam kolam berkenaan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, dia seronok menternak ikan keli itu, sekali gus memberi pulangan yang lumayan.

"Saya ingatkan cucu marah atau merajuk apabila kolam renang mereka dijadikan tempat menternak ikan keli sebaliknya cucu turut seronok memberi makan ikan keli diternak itu.

"Daripada 300 ekor, sekarang cuma tinggal 40 ikan keli yang belum dijual dan semuanya bersaiz besar.

"Ikan keli paling kecil seberat satu kilogram manakala paling besar seberat tujuh kilogram," katanya.

Menurutnya, dia menjual ikan keli itu pada harga lebih murah daripada harga pasaran iaitu RM8 sekilogram berbanding harga pasaran.

"Seronok menternak ikan keli kerana ia tahan lasak, tak cerewet dari segi permakanan dan cepat membesar.

"Orang ramai yang mempunyai kawasan di rumah perlu menternak ikan keli kerana ia tidak memerlukan kolam yang luas selain permintaan sangat tinggi," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/825071/ternak-keli-dalam-kolam-renang-cucu

Pages: [1]
View full version: Ternak keli dalam kolam renang cucu


ADVERTISEMENT