Nurin_H Publish time 26-3-2022 01:31 AM

Tanggungjawab anak perempuan selepas nikah

Assalamualaikum. Saya baru berkahwin dan baru bekerja sendiri. Saya nk tanya wajibkah saya menolong keluarga ibu saya? Saya tak berkemampuan buat masa sekarang tp saya dibgtau berdosa besar tak menolong mereka. Ibu saya x bekerja, dia bergantung pada ayah saya. Ayah saya sgt berkemampuan tetapi bg Mak Saya dia agak kedekut. Jadi katanya menjadi tanggungjawab Saya menolong keluarga ibu Saya.

Harap dpt beri penjelasan. Tq wassalam

awanysss Publish time 28-3-2022 04:21 PM

tidak.
dalam islam perempuan utk dinafkahi.
ayah nafkah anak, suami nafkah isteri.
kalau awak bg duit pun, itu adalah ihsan, bukan tanggungjawab..

kesimpulannya, awak tak berdosa.. mak awak ada suami dia utk nafkah dia..

ibnur Publish time 30-3-2022 06:01 PM

wa alaikuimussalam warahmatullah.

Boleh bantu keluarga ibu sekiranya ada wang lebih.Tetapi tak jatuh hukum berdosa.

“Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)


daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: “Bersedekahlah.” Seorang lelaki bertanya: “Hai Rasulullah, aku mempunyai dinar.”
Baginda menjawab: “Sedekahkan untuk diri kamu sendiri.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai dinar yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada isteri engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada anak engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku mempunyai yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Sedekahkan kepada hamba engkau.” Lelaki itu menjawab: “Aku masih ada yang lain lagi.”
Baginda berkata: “Engkau lebih tahu.”
Riwayat Ahmad (2335), Abu Daud (1691) dan al-Nasa’ie (2353)



NorAddin Publish time 31-3-2022 03:19 AM

awanysss replied at 28-3-2022 04:21 PM
tidak.
dalam islam perempuan utk dinafkahi.
ayah nafkah anak, suami nafkah isteri.


salam :C

tidak.
dalam islam perempuan utk dinafkahi.
ayah nafkah anak, suami nafkah isteri.
kalau awak bg duit pun, itu adalah ihsan, bukan tanggungjawab..

kesimpulannya, awak tak berdosa.. mak awak ada suami dia utk nafkah dia..na'am .. sahih ..
{:1_132:}

hanya anak perempuan itu hendaklah ada ikhsan ..
kp kedua orang tua nya .. kalau ada kemampuan ..
walaupun tidak banyak sedikit pun tak apa ..
khabarkan pada suami agar d'restui ..

wassalam
:C

p/s ..
maafin .. TT
Mak Saya dia agak kedekutjangan cakap keaiban ibu kamu begitu .. salah d'sisi ugama Islam
https://i.imgur.com/2sXXmi3.png

https://i.imgur.com/X4CtyWK.jpg

{:1_551:}{:1_149:}

kepompong Publish time 22-5-2022 11:35 PM

NorAddin replied at 31-3-2022 03:19 AM
salam

na'am .. sahih ..


kat sini tkde siapa kenal sesiapa. Mana dtg aib nya????

Zackmaster Publish time 14-11-2022 11:02 PM

@NorAddin
Saya rasa saudara terpotong quote tu.:P
Ayah saya sgt berkemampuan tetapi bg Mak saya ( , ) dia agak kedekut.
saya rasa ianya perlu dibaca begitu.

@kepompong
saya separa bersetuju 'pernyataan' tidak mengaibkan sesiapa kerana tidak kenal, tetapi atas dasar seorang muslim, saya rasa perlu dibiasakan 'sikap' tidak merendahkan kedudukan seorang ibu, apatah lagi dalam media sosial awam (public) seperti ini.

@Nurin_H
Tatkala terikatnya akad, tanggungjawab isteri utama pada suami.
Tanggungjawab seorang suami utama pada ibunya.
Saya nk tanya wajibkah saya menolong keluarga ibu saya?
Point yg penting di sini 'keluarga ibu'.
Saya melihat forumer2 lain menjawab dari sudut hubungan Ayah Puan - Ibu Puan - Puan.
Saya melihat perlu lebih maklumat berkenaan 'keluarga ibu' tersebut sebelum dapat memberikan petimbangan. Namun saya tidak menyarankan untuk berkongsi maklumat keluarga di sini. Terpulanglah kepada Puan.
Secara umum, seperti yg lain2 sudah nyatakan tidaklah sampai berdosa besar ,kerana 'kewajipan' Puan utama pada suami.

apam Publish time 16-11-2022 01:11 PM

Pandai-pandailah ejas kasi semua puas hati. Keadaan masing2 tak sama.
Pages: [1]
View full version: Tanggungjawab anak perempuan selepas nikah


ADVERTISEMENT