Agent13k Publish time 25-3-2022 05:43 PM

Orang Lain Yang Usik Biawak, Cameraman Pula Yang Kena Kejar

Anda mungkin pernah melalui situasi cemas ketika masa kecil dulu seperti dikejar oleh anjing ataupun haiwan liar yang lain. Tetapi, amat jarang kita dapat melihat situasi seorang dikejar oleh seekor biawak dengan laju.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/172759bknbt6bvkqk9vl97.pngkredit foto: TikTok



Baru-baru ini ada video tular di video sosial Tiktok yang memaparkan seorang lelaki dilihat sedang mengusik seekor biawak dengan menggunakan ranting kayu and menggunakannya ala-ala dari filem Harry Potter.

7077323444597083419

Seterusnya, selepas lelaki dengan kayu itu mengusik haiwan itu, biawak itu kemudiannya mula mengejar lelaki yang merakamkan situasi itu dan lelaki yang rakam itu terus lari dari tempat itu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/172613u39qk17q8d7dhudi.png




Menjengah komen di video itu tersebut, ramai netizen terhibur dengan reaksi lelaki itu yang terus lari dari biawak itu dan mengatakan pemegang kamera pun tidak selamat dalam situasi itu. -CARI

eyansss Publish time 25-3-2022 09:45 PM

biawak tu nak lari masuk ke longkang tu…

Perawankota Publish time 26-3-2022 01:57 AM

Dulu2 suka pi cuti2 kat Salang Tioman.. Ya Allah, byk betul biawak besor2 kt situ.. Baper kali nak terlanggar sebab tiba2 melintas.. Dah lah jalan kaki..

orkid_amani Publish time 27-3-2022 05:01 AM

Ank aku suka nyanyi lagu biawak ni
Dia tukar abah..abah..abah...busuk..di makan biawak

Tiru versi lagu Indon..sampai skg aq tak tau lagu apa..mula2 dengaq dia nyanyi lagu tu aq ehh lagu apa dia nyanyi ni

Budak 2y2m berbalas nyanyi lagu busuk biawak bila dia xmoo mandi

Supersirap Publish time 27-3-2022 08:37 AM

Biawak yg tidak suka dirakam perbuatannya
Pages: [1]
View full version: Orang Lain Yang Usik Biawak, Cameraman Pula Yang Kena Kejar


ADVERTISEMENT