Cintaerina Publish time 25-3-2022 12:48 PM

Dipinggirkan Hanya Kerana Kulit Gelap, Hati Ibu Luluh Anak Dipulau Hari Pertama Sekolah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/124358yll6tory61asyook.pngSumber: Tiktok cintaaini




Lumrah bagi kanak-kanak yang baru masuk bersekolah, mendapat kenalan baru merupakan perkara dinanti-nantikan di sekolah.


Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar mempunyai peluang itu. Seperti kisah yang akan diceritakan berkenaan pelajar ini apabila permulaan alam persekolahannya ternyata tidak berjalan dengan baik.


7077792137877753115


Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali sebagai cintaaini telah berkongsikan kisah berkenaan anaknya di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video tersebut anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun memberitahu bahawa dirinya dipulaukan rakan sebaya kerana berkulit gelap.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/124548rrahqrhqbpmb6edi.jpgSumber: Google Image




Hati ibu mana yang tidak sedih mendengar kata-kata itu. Yang memburukkan lagi keadaan apabila anaknya memberitahu bahawa dia dimaki tanpa sebab ketika berada di sekolah.


Menurut wanita ini, anak perempuannya itu selalu menangis setiap kali pulang dari sekolah. Sebagai seorang ibu, semestinya hatinya sedih kerana tidak sangka anaknya diperlakukan sebegitu hanya kerana warna kulit.


Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang tampil untuk meluahkan rasa kesal dengan kelakuan pelajar pada zaman ini yang dikatakan semakin tidak bermoral dan tidak beradab. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/124402iyzem8metrpue0ts.pngSumber: Tiktok cintaaini






krustykrab Publish time 25-3-2022 12:52 PM

Gelap kot celah mananya...aku ingatkan gelpa mcm mat aprika tu...
Ni saja nk famous ke apa ni:o

prettyuglybabe Publish time 25-3-2022 12:55 PM

guna anak demi content..
bodoh punya mak..

Lentera Publish time 25-3-2022 01:39 PM

Budak2 thn 1 xde reti nya nak body shaming kawan. Depa cuma tau nak main, nak kuar masuk toilet. Kecuali kalau kawan tu memang sejak azali perangai annoying contohnya kentut busuk ke, kencing dlm seluar ke, memang la depa tak nak kawan..

elzy Publish time 25-3-2022 01:43 PM

Tak suka dengan cerita budak kena buli atau membuli..

azie5zoe Publish time 25-3-2022 01:51 PM

Iols dulu zaman sekolah orang ejek pendek takde hal pun, ngadu kat emak pun takde effect. Hmmm...tapi bila zaman dah tua bangka, yang dia orang ejek pendek ni jugaklah dia orang jeles sebab mereka membesar dengan jayanya.

Samerosie Publish time 25-3-2022 03:00 PM

Siap pakej carut and maki?Anak nya tak la gelap, normal kulit sawo matang...dan selalunya kids don't see colour.Anak I bestie dia Indian boy, kecil je dari my son tapi depa punya main berguling2 atas lantai sekolah, iols geleng kepala je le baju putih dah jadi kelabu.

UMMI_MAI Publish time 25-3-2022 04:07 PM

ye ke dak ? cam reka citer je ? pandai ke budak2 jah 1 caci2 maki budak lain ? cam tak logik je

prince_marhaen Publish time 25-3-2022 04:20 PM

ni mesti jenis mak yang phone melekat kat tangan layan tiktok ngan media sosial, lepas tu berangan orang kecam demi nak buat content 'redho' apa semua............lancauuuuuuu!!!! kids doesn't mean like that, kalau tak nak kawan pun maybe sebab attitude anak sendiri... atau mungkin perkara tu tak berlaku pun.... kau berangannnnn je kan hasanah?

Artemesiaa Publish time 25-3-2022 05:04 PM

Tak gelap mana pun kalau dilihat dari photonya tu.Mungkin si anak belum pandai nak bergaul dan berkawan menyebabkan dia tak dapat kawan.

annehuda Publish time 25-3-2022 05:32 PM

drpd ko ngadu kt socmed baik pegi jumpa cikgu je pastu face to face dgn budak yg kononnye carut anak ko tu. tolonglah jangan jadikan anak tu content ko nak viral

faraway1 Publish time 25-3-2022 06:30 PM

Overnya, dalam kelas my daughter ada 2 budak kulit lagi gelap daripada my daughter even mostly white kids, sorang tu mixed south American, sorang tu African pun aman aman dalam kelas bergaul.

Inikan pula di Malaysia yang keluar rumah biasa sangat jumpa pelbagai warna kulit yet kulit jadi mangsa.

Suspek mak bosan sejak anak masuk sekolah so ada masa lapang buat cerita.

fofuler Publish time 25-3-2022 06:49 PM

Apa yang gelapnya? Mak dia delusional ke apa saja nak buat content, dan biasalah netizen IQ rendah bersimpati dan viralkan content

Cumikucingku Publish time 25-3-2022 08:08 PM

Vodo la mak bapak kuat sgt drama..

Anak aku oku...rilek je gi sekolah.... kite sebagai mak bapak kena kuat semangat ....

xtinkerbellx Publish time 26-3-2022 12:39 AM

Mane gelap ? Ye2 je mak dia ni.

Perawankota Publish time 26-3-2022 02:42 AM

Gelap mende nya oiii

rahsier Publish time 26-3-2022 07:34 AM

Ni semua content tik tok.. attention seeker je.. budak mana tau nak double standard ni.. kwan je ngan semua yg nak kwn ngan dia..

sally03tomato Publish time 26-3-2022 01:34 PM

Kawan baik anak aku gelap sgt.. tp anak aku suka je kawan... Siap rindu2 time PKP... Budak2 mane reti body/ face shaming ni .. aku pun suka lah tgk anak kawan ngan kawan2 mcm2 jenis.. asal bukan ngan perangai jahat

dua_chzy Publish time 26-3-2022 08:46 PM

Cerita temberang saja ini. Akak tak percaya.

gerbera.memopad Publish time 26-3-2022 11:04 PM

Kuat sangat bau hasanah cerita ni ;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Dipinggirkan Hanya Kerana Kulit Gelap, Hati Ibu Luluh Anak Dipulau Hari Pertama Sekolah


ADVERTISEMENT