tatod Publish time 25-3-2022 11:59 AM

Sofyank Terus Melangkah Jauh, Kali Ini Kolaborasi Dengan Ryan Reynolds

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/25/113051rdu979j9qqewev3b.jpg

Pereka kandungan digital, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah terus melakar kejayaan tersendiri apabila pemuda berusia 26 tahun itu tampil bekerjasama dengan aktor Hollywood popular, Ryan Reynolds.


Berkongsi berita berkenaan di Twitter, Sofyank pada mulanya memuat naik video ketika sesi pengenalan secara atas talian bersama pelakon yang terkenal dengan watak Deadpool itu.


Bagi menghangatkan lagi berita itu, Sofyank menutup wajah aktor berkenaan dan meminta peminatnya untuk meneka figura yang bakal ditampilkan dalam video suntingannya tidak lama lagi.


https://twitter.com/sofyank96/status/1505455890555891719


Walaupun penggambaran video 'effect' dijalankan secara maya, ia bagaimanapun adalah sesuatu yang membanggakan apatah lagi tidak ramai anak muda Malaysia yang mempunyai peluang seperti Sofyank.




https://twitter.com/sofyank96/status/1506864477278728198




Menerusi Twitter juga, Sofyank memaklumkan bahawa video berkenaan masih dalam proses suntingan dan bakal dikongsikan pada umum tidak lama lagi. Rata-rata, ramai peminatnya yang sudah tidak sabar menonton hasil akhir suntingannya kali ini. -CARI


prince_marhaen Publish time 25-3-2022 04:03 PM

nice, tapi sebenarnya yang power first of all ialah cameraman heols.... macam zachking tu, crew & cameraman power camera trick.

rifaa Publish time 25-3-2022 05:21 PM

tak sabau nak tengok

Nizleen86 Publish time 26-3-2022 12:21 AM

Suka betul ryan reynolds ni start dari tengok movie dia the proposal tu.
Pages: [1]
View full version: Sofyank Terus Melangkah Jauh, Kali Ini Kolaborasi Dengan Ryan Reynolds


ADVERTISEMENT