mattzzx Publish time 24-3-2022 11:45 AM

Pasar 600kg madu kelulut sebulan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/240322-kdh-madu-kelulut.jpg
JAFRI Safar memeriksa madu kelulut yang terdapat dalam kotak sarang lebah kelulut yang diusahakan di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA


SUNGAI PETANI: Seorang bekas pengurus kilang mengambil peluang mengusahakan madu kelulut dengan menternak lebah kelulut di Kampung Sungai Pasir, berdekatan kaki Bukit H di sini, yang mempunyai banyak bunga daripada pokok hutan pada musim tertentu.

Pengurus Solehah Advance Farming, Jafri Safar, 54, berkata, dia yang mengusahakan ternakan lebah kelulut sejak 12 tahun kini mempunyai 350 kotak sarang di kawasan seluas satu hektar.

Menurutnya, pada peringkat awal, dia menyediakan sebanyak 20 kotak sarang lebah kelulut sahaja.

“Saya menambah jumlah kotak sarang kelulut dari masa ke semasa selepas mendapati kawasan Bukit H mempunyai pokok hutan yang mempunyai banyak bunga.

“Selain itu, pokok buah-buahan banyak terdapat di kawasan Bukit H ini yang boleh menjadi sumber kepada lebah kelulut untuk menghasilkan madu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pada musim bunga yang banyak dari Mac hingga Julai, dia dapat mengambil madu kelulut sebanyak 600 kilogram (kg) sebulan.

Katanya, jumlah madu yang diperoleh pada bulan-bulan lain pula kira-kira 50 kg sebulan.

Dia tidak mengambil madu pada bulan-bulan lain kerana jumlahnya sedikit dan hanya disimpan di dalam kotak sarang lebah kelulut itu.

“Saya menjaga keaslian madu kelulut dengan tidak mencampurkan bahan manisan lain sebelum dipasarkan,” ujarnya.

Jafri menambah, madu kelulut keluaran syarikatnya dijual borong pada harga RM150 satu kilogram manakala harga pasaran boleh mencecah sekitar RM300 sekilogram.

“Pemborong saya adalah pelanggan tetap daripada seluruh negara yang telah lama berurusan kerana yakin dengan keaslian madu kelulut itu,” tambahnya. – UTUSAN


Pages: [1]
View full version: Pasar 600kg madu kelulut sebulan


ADVERTISEMENT