mattzzx Publish time 24-3-2022 11:31 AM

996 perokok degil kena kompaun

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/03/23/1637716.jpg
Sebanyak 996 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan merokok di tempat larangan di Pulau Pinang. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Azizah)

GEORGETOWN - Sebanyak 1,182 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh Pulau Pinang pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Datin Dr Azizah Abd Manan berkata, daripada jumlah itu kesalahan merokok di tempat larangan antara tertinggi dicatatkan selepas pihaknya mengeluarkan 996 kompaun sepanjang operasi dijalankan bermula Januari sehingga 22 Mac.

Menurutnya, tempat makan dan kedai berhawa dingin merupakan kawasan yang kerap dikesan individu melakukan kesalahan itu selain pusat beli-belah dan lapangan terbang

"Kita rasakan ada dalam kalangan rakyat yang masih belum patuh dan mungkin tidak faham tentang kepentingan larangan merokok di kawasan awam.

"Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan tidak merokok di kawasan larangan merokok bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa selain ia melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan operasi penguatkuasaan larangan merokok di sini pada Rabu.

Dr Azizah berkata, tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan dan Peraturan 12 PPKHT 2004 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/194321/EDISI/996-perokok-degil-kena-kompaun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: 996 perokok degil kena kompaun


ADVERTISEMENT