mattzzx Publish time 24-3-2022 11:15 AM

Pelajar dihanyutkan arus deras disahkan pelatih AMD

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm193saifuddin_1648041370.jpg
MUHAMMAD Saiful Ezzudin Mustafa

Baling: Pelajar lelaki yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di Sungai Ketil, di sini, petang tadi merupakan pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa,14.

Difahamkan mangsa bersama pelatih lain sedang cuti semester sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing bermula 19 hingga 27 Mac 2022.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, usaha pencarian diberhentikan kerana cuaca gelap, bagaimanapun penduduk kampung berusaha mencari di kawasan tebing.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pelajar lelaki itu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48 Bongor, petang ini.

Mohd Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.11 petang.

Katanya, mangsa tinggal di Kampung Telok Sungai Durian, Bongor dipercayai lemas ketika mandi bersama rakannya.

"Mangsa mandi manda bersama rakannya sebelum hanyut dan dipercayai lemas. Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan namun keadaan sukar kerana hujan lebat malah arus (sungai) deras," katanya.

musangbodoh Publish time 24-3-2022 12:11 PM

semoga dipermudah
Pages: [1]
View full version: Pelajar dihanyutkan arus deras disahkan pelatih AMD


ADVERTISEMENT