mattzzx Publish time 23-3-2022 04:19 PM

Set karaoke guna perisian salinan langgaran dirampas

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/03/23/1637566.jpeg
Pegawai KPDNHEP melakukan pemeriksaan di dua buah premis di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City, pada Selasa selepas dilaporkan memiliki set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi tujuan kegunaan perniagaan.

BUKIT MERTAJAM - Dua pusat hiburan di Jalan Perusahaan Juru Autocity dan Jalan Icon City, di sini diserbu pada Selasa selepas dilaporkan memiliki set karaoke yang mengandungi salinan langgaran bagi kegunaan perniagaan.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bersama wakil dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) atas aduan wakil pemilik hak cipta.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, serbuan yang dilakukan bermula jam 2 petang itu telah merampas dua unit set karaoke, dua unit amplifier dan dua unit televisyen.

Menurutnya, turut dirampas empat unit speaker dan enam unit mikrofon bagi tujuan siasatan lanjut dengan anggaran sitaan bernilai RM140,000.

"KPDNHEP ingin ingatkan mana-mana orang yang yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya mrmohon kelulusan daripada pemilik karya hak cipta.

"Kegagalan mana-mana pihak akan dikenakan tindakan tegas atas pelanggaran yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mohd Ridzuan berkata, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Jelasnya mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran.

Selain itu, katanya mereka juga berdepan dengan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/194302/BERITA/Semasa/Set-karaoke-guna-perisian-salinan-langgaran-dirampas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: Set karaoke guna perisian salinan langgaran dirampas


ADVERTISEMENT