Niat Nak Beli Sandal Dr Martens Tapi Wanita Kena Scam
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/152839i5xte7g9bb8q54d7.pngNiat seorang wanita untuk memiliki sepasang sandal jenama Dr Martens tidak kesampaian apabila menyedari laman web tempat dia melakukan pembelian itu sebenarnya adalah satu taktik penipuan.
Sue Anna Joe menerusi Twitter berkata dia ingin membeli sepasang sandal untuk dipakai pada sambutan Aidilfitri nanti namun kecewa selepas mengetahui laman web berkenaan adalah palsu.
"Ada beberapa red flag yang saya tidak sedari. Saya sangat bodoh.
"Satu, emel yang saya terima agak pelik. Perkataan Malaysia pada website itu juga dieja Malaysla menggunakan huruf kecil L menggantikan huruf i. Malahan, pautan yang kita klik sepatutnya akan menghubungkan page lain tetapi ia membawa saya ke paparan yang sama.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/153123hnnj4ju7j22npj6b.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/153123kmx8kdx85ysydzid.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/153123if5wdzweh476esr5.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/153122ypp6zibi9im99ffi.jpg
"Pautan media sosial juga tidak menghubungkan ke media sosial tetapi pada page log in. Begitu juga dengan pautan pengesahan bayaran yang dikirim menerusi SMS. Ia menghubungkan page lain," katanya.
Sue pernah cuba membeli sandal berkenaan ketika berada di London tetapi kebetulan sistem tergendala menyebabkan pembayaran menggunakan kad kredit tidak berjaya.
Disebabkan tarikh untuk pulang ke Malaysia sudah hampir, Sue bercadang untuk membeli secara atas talian dan menemui laman web itu menjual sandal idamannya dengan harga rendah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/153431zyhwsvw54vcv6hvv.jpg
Dia beranggapan harga yang ditawarkan itu adalah harga promosi hanya untuk pembelian atas talian.
Oleh itu, dia memberikan nasihat dan ingatan agar berhati-hati ketika membuat pembelian secara atas talian walaupun laman web berkenaan kelihatan meyakinkan. -CARI
so rege dia bape ye.... Iolls kalau tgk kasut tu murah sgt lari dari harga asal xleh caya la.. unless mmg beli at physical store. Berat oii gladiator sandal ni.. Bulan lepas aku pi mitsui, murah2 Dr mart tapi tu lah.. Saiz x byk. Pastu nampak lah, kalau kasut/sandal putih dh nak jadik kuning2.. Ntah stock baper tahun ntah..
Anyway, belilah kt website yg betul..Jangan sebab murah, terus rambang mata Ko hagak2 la. Rasa2 logik ke sandal dr martens tu rm200++? Tgk pon tau around rm500++.
Btw i tau kenapa sheol proceed payment. Sbb malaysia x ada web official dr martens. If search dr martens, mmg carian plg atas dkt google website ni
https://www.martensmalaysla.com/
Which is website scammer. Kalau tekan , mmg nmpk legit tp harga mmg xlogik sgt. Dr martens jarang sale, i nmpk pon around pkp dlu. Klau x, mmg rege rm500 ke atas. Nk beli online dr martens hanya ada dkt shopee. doc mart ssh nk buat sale.. pkp dulu mmg ada.. last year raya aku beli kt shopee tuk bapak aku.. alhmdulilah
pastu skrg best kasut dia x berat..
Pages:
[1]