Cintaerina Publish time 23-3-2022 03:45 PM

"Bertuah Betul Adik Ni," Tauke Kedai Hadiahkan RM50 Lepas Roti Canai 'Landing' Atas Kepala

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/150713kagauagar2wwau33.pngSumber: Tiktok Raihanharum




Sebagai rakyat Malaysia, kita semua tidak boleh dipisahkan dengan nasi lemak. Setiap kali nak bersarapan, kita mesti akan memilih nasi lemak sebagai menu santapan kita. Selain nasi lemak, roti canai juga merupakan makanan utama yang dimakan semasa sarapan.


Kita juga mesti pernah mendengar mengenai roti canai 'terbang' yang semakin famous di kedai-kedai mamak. Rata-rata penebar roti canai kini menggunakan teknik roti canai terbang ini sebagai satu teknik untuk meraih perhatian pelanggan untuk datang di kedai mereka.


7076820361412709659


Baru-baru ini, viral satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai raihanharum. Menerusi video tersebut, kelihatan roti canai terbang ‘mendarat’ di atas kepala adiknya sehingga menyebabkan semua orang di kedai itu ketawa.


Nampaknya insiden yang kelakar itu telah mendapat perhatian netizen sehinggakan jumlah tontonan video itu kini telah melebihi 16 juta hari ini. Hal ini kerana semua orang terhibur dengan reaksi adiknya yang kelihatan ingin 'marah' namun masih lagi tenang.


7077022173537307931


Namun, kisah berkenaan dengan insiden ini tidak berhenti di situ sahaja apabila tauke kedai ini sendiri memuatnaik video untuk menyatakan bahawa insiden roti canai terbang itu pertama kali terjadi di kedainya.


Lebih menarik apabila pemilik kedai kelihatan turut memberikan ganjaran kepada adik yang 'bertuah' itu. Oleh kerana sikap adik ini yang tidak cepat melenting walaupun roti canai tiba-tiba crash landing di atas kepala, pemilik kedai ini telah memberikan wang bernilai RM50 kepadanya. Rezeki betul!


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan insiden ini dan ramai yang memuji sikap pemilik kedai yang murah hati dan tidak berkira untuk menghadiahkan wang tunai sebagai tanda minta maaf kepada adik itu.-CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/151024itu5njfse48n4os6.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/151024d55v6umyny9xugdx.png

Sumber: Tiktok Raihanharum




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/151023xnlnwl8juy4ry5s7.pngSumber: Tiktok Miezanrotiman




prettyuglybabe Publish time 23-3-2022 04:02 PM

adik tu SD ke? comel je dia marah :lol:
mujur la semua family sporting..
kalau dapat mak bapak terpaling, mau melayang kerusi meja..
takat rm50 tu apa la sangat untuk tauke kedai..
and please zaman covid ni jangan sentuh-sentuh ye..
buatnya u carrier tak pasal-pasal berjangkit..

djzara81 Publish time 23-3-2022 04:36 PM

Byk kali aku replay. Sgt mencuit hati. Reaksi adik tu win sgt.

mijot Publish time 24-3-2022 08:20 AM

reaksi adik tu...
nak marah tp sabar jer...

Gomea Publish time 24-3-2022 11:55 PM

Kedai ni memang ramai orang malam2. Tapi lambat nak tggu roti. Orang dtg nak tgk depa bt show roti canai terbang tu je. Roti dia biasa2 je. Mungkin sebab aku bukan peminat roti canai. Aku makan last 2018 ke 2019 ntah

bakingsoda Publish time 25-3-2022 10:50 AM

haha comel reaksi budak ni ;P sabo je la kan dekk

krustykrab Publish time 25-3-2022 12:36 PM

prettyuglybabe replied at 23-3-2022 04:02 PM
adik tu SD ke? comel je dia marah
mujur la semua family sporting..
kalau dapat mak bapak terpa ...

Tu lha..masa tgk video first tu aku nmpk mcm sd.

Kalau parents melenting tu over naw la..sb roti canai je..kalau aku pun mesti tak boleh tahan gelak..

wirazam Publish time 27-3-2022 04:56 PM

Adik tu boleh saman peniaga Tu..entah2 boleh dpt 5000-10000
Pages: [1]
View full version: "Bertuah Betul Adik Ni," Tauke Kedai Hadiahkan RM50 Lepas Roti Canai 'Landing' Atas Kepala


ADVERTISEMENT