mattzzx Publish time 23-3-2022 02:13 PM

Jualan Nissan GT-R R35 dihentikan di Eropah

Edited by mattzzx at 3-4-2022 12:21 PM

https://paultan.org/image/2021/09/Nissan-GT-R-T-Spec-2022_BM_14-09-2021-at-16.30.52-6-e1631613393181-630x311.jpg
Selepas jualannya diharamkan di Australia tahun lalu kerana tidak lagi mematuhi piawaian yang ditetapkan pada ujian pelanggaran sisi baharu di negara berkenaan, Nissan GT-R R35 kini secara rasmi akan dihentikan penjualannya di Eropah pula kerana ia tidak lagi patuh terhadap undang-undang pencemaran bunyi baharu yang lebih ketat di benua berkenaan, yang akan mula dikuatkuasa pada lewat tahun ini.

“13 tahun selepas pengenalannya di Eropah sebagai ikon automotif prestasi tinggi yang boleh diakses, kami boleh sahkan bahawa produksi untuk GT-R pasaran Eropah akan ditamatkan pada Mac, 2022 kerana undang-undang pemanduan EU dan UK yang baharu yang berkuatkuasa bermula 1 Julai 2021 (No. 540.2014),” tulis kenyataan rasmi dari Nissan yang dihantar ke Autocar. Unit-unit terakhir Nissan GT-R baharu akan tiba di UK pada musim panas tahun ini.

Menurut portal berkenaan, undang-undang baharu ini disasarkan untuk mengurangkan bunyi di jalan raya dengan matlamat bagi mengelakkan stress yang disebabkan bunyi terhadap pejalan kaki serta mereka yang tinggal berdekatan dengan jalan raya. Undang-undang ini akan diperketatkan lagi pada 2026 dengan had bunyi yang dibenarkan untuk enjin kenderaan akan dikurangkan sehingga pada kadar hanya 68dB, dan ini dijangka akan menyebabkan lebih banyak kereta sport dan juga pengeluar sistem ekzos prestasi tinggi bakal terjejas di sana selepas ini.

https://paultan.org/image/2019/11/2020-Nissan-GT-R-50th-Anniversary-Edition-20-630x420.jpg
Nissan GT-R R35 telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun Disember 2007. Jadi masuk tahun ini, kereta sport Jepun berkenaan sudah berada hampir 15 tahun dalam pasaran. Dari segi prestasi, ia sememangnya masih sangat relevan kerana kuasa dan gaya yang diberikan masih setara dengan pesaingnya yang lain – model GT-R Nismo terkini yang diperkenalkan tahun lalu mampu menghasilkan menghasilkan 600 PS dan tork maksima 652 Nm.

Namun dengan teknologi kerangka yang sudah pun berusia lebih dari satu dekad, GT-R R35 kini mula berhadapan dengan masalah untuk terus mematuhi piawaian keselamatan semasa yang sentiasa dipertingkat saban tahun – undang-undang keselamatan di Australia dan juga undang-undang bunyi baharu di Eropah ini adalah antara contohnya.

Jadi berapa lama lagi agaknya R35 ini akan bertahan dalam pasaran? CEO Nissan, Makoto Uchida baru-baru ini ada memberi petunjuk bahawa model generasi baharu GT-R kelak mungkin akan menerima teknologi elektrifikasi – tidak semestinya 100% bergerak menggunakan elektrik, tetapi mungkin akan diberikan sistem hibrid elektrik – bagi memastikan ia boleh dijual dalam pasaran dengan pelbagai undang-undang emisi yang semakin ketat.

“Kami kini melihat bagaimana kita boleh hasilkannya dengan elektrifikasi. Ia merupakan sebuah kenderaan sport yang benar-benar profesional tanpa kompromi,” kata Uchida dan menambah, “ Z adalah untuk seseorang seperti saya yang sukakan kereta sport. GT-R pula adalah jentera profesional dan kami perlu hasilkannya untuk masa hadapan.”

https://paultan.org/image/2019/04/2020-Nissan-GT-R-NISMO-22_BM-630x330.jpg
Apa yang diperkatakan oleh Uchida ini selari dengan khabar angin yang dilaporkan oleh portal Jepun, Best Car Web bahawa Nissan GT-R ‘R36’ kelak masih akan menggunakan enjin petrol V6 VR38DETT 3.8 liter turbo berkembar dari GT-R R35, namun dikhabarkan ia bakal diberikan sistem hibrid ringkas dan bakal muncul pada tahun hadapan.

Portal tersebut turut menyatakan bahawa pembangunan GT-R ini akan dilakukan lebih kurang sama seperti Nissan Z generasi baharu, iaitu masih menggunakan asas platform dari generasi sedia ada tetapi diberikan penambahbaikkan agar ia relevan dengan keadaan semasa, dalam masa yang sama mengurangkan kos pembangunan.

Namun ini tidak memberikan jaminan bahawa GT-R generasi baharu kelak dapat kembali ke pasaran Eropah. Ini kerana untuk Nissan Z generasi baharu yang didedahkan pada Ogos tahun lalu tidak akan dijual di Eropah kerana ia akan menjejaskan kuota flit emisi Nissan di benua berkenaan.
Pages: [1]
View full version: Jualan Nissan GT-R R35 dihentikan di Eropah


ADVERTISEMENT