annehuda Publish time 31-3-2022 04:03 AM

talapia replied at 29-3-2022 01:03 PM
1 ekar tanah.. dibahagi 8 lot kononnya.. so.. ada 8 owner. Dalam geran mane bole letak nama ramai2 ...

Ada 1 cara lg,owner kene tukar status jadi pemegang amanah,pastu kene masukkan nama 8 org tu as penerima amanah. So kalau owner ninggal anak-anak die mmg tak bleh sentuh tanah tu. Tapi ikutkan syarat tanah pertanian tu brape persen je bleh buat rumah,kalau 1 ekar tu kecik je letak 8 biji rumah bersusun mmg nmpk sgt le. Kalau pjbt tanah situ jenis rajin buat penguatkuasaan mau kene rampas tanah tu. Apepun mmg owner tanah tu tamak,asal tanah tu kasi kt nenek moyang diorg dari kerajaan dgn syarat pertanian,nak amek jalan mudah dan cepat kaya jual lot lidi. Owner tu lah patut usaha lebih dan kuar lebih utk tukar status tanah. Nk salahkan pjbt tanah pun tak bleh gak

sarahmirza Publish time 2-4-2022 03:42 PM

Artemesiaa replied at 30-3-2022 11:23 AM
Betul tapi ramai yang tak tahu pasal tu bila dah beli baru mereka tahu.Disebabkan itu harga ruma ...

Strata lagi murah ke?
Rumah yang eco2 tuh kebanyakan rumah strata...
Bila strata ada restriction nak cat warna lain or renovate lelebih tak boleh...
Strata juga biasanya gated dan guarded, ada facilitis sendiri so faham2 la kena bayar maintenance setiap bulan...

glump Publish time 2-4-2022 08:39 PM

Undang2 tanah ni ikut negeri. Berbeza ikut negeri.kalau selatan ,kalau tanh pertanian,1 ekar cuma boleh satu nama. Untuk tukar tanah pertanian ke lot kediaman bergantung kepada zoning kedudukan tanah.
Pembeli lot lidi nie memang murah lah tapi hidden kos tu banyak ..Contoh ,beli tanah tu $70k , nak buat rumah Tak boleh buat loan sebab tiada geran.(worst geran status pertanian) . Nk juga buat rumah ,guna saving personal loan ..sampai Masa tuan tanah jual tanah ,mana nak tuntut..nama kamu tiada dalam geran .nak guna Surat PA utuk bukti pemilikan..sapa yang terima Surat PA tu. So hati2

nuryakmal Publish time 2-4-2022 11:16 PM

Well. Dia macam ni. Once u guys ada rasa nak beli lot atau rumah landed atau tanah kosong, no 1, buat carian tanah official. Its rm50. Tak perlu nak lantik peguam. U can buat sendiri kat pejabat tanah daerah tanah tersebut. How to do it? Make sure da ada pt no atau lot no. Kalau tak tau, u can ask owner atau jiran yg duduk sebelah menyebelah.
Then buat sale and purchase agreement. Kalau tukar nama atas kasih sayang pun, i nasihatkan buat jugak. At the same time, prepare borang 14a. Nak buat sendiri boleh. Nak lantik peguam pun boleh.
Sign and get it akui.

Then kena adjudicate form 14 tu kat lhdn. Guna online je. Di sini cost nya ie. Duty stamp. Contoh kalau harga tanah 200k, stamp duty give and take about 3k. Calculation can google. Standard dalam stamp duty act. Utk 1st time buyer ada certain exemption tak payah bayar stamp duty.

Once done, print payment, bawak spa, bawak copy ic, quit rent and assesment pg daftar kat pej tanah utk tukar nama. Ni dipanggil perfection of transfer.Fee rm 100. Penalty akan dikenakan kalau lambat lps 3 bulan dari tarikh form 14a di adjudicate.

Lps tu tunggulah pen tanah panggil amik geran.

Ada yang 1 minggu 2 minggu. Paling cept setakat ni 3 hari.

Takyah lah nak takut. Charge mahal kat peguam sebab runner, miscellaneous/ disbursement, stamp duty dan service dia. Kalau pandai buat sendiri , buat la

nuryakmal Publish time 2-4-2022 11:16 PM

Edited by nuryakmal at 2-4-2022 11:23 PM

Strata plk a bit tricky. Sbb korang kena tau master title sapa pegang. Once tau, same procedure. Kalau master title tu ada banyak nama, then kena buat spa which includes all the names.

Strata ada 2: landed strata and strata high rise.
Apa bezanya? Landed strata are houses which have common facilities macam kemudahan gym yg penduduk kawasan tu pakai. Unlike normal landed house yg takde kemudahan tu.

nuryakmal Publish time 2-4-2022 11:28 PM

Bila dev or lawyer panggil utk sign tukar nama dlm geran tolong la pegi sign and settlekan. Geran kalau hilang sakit kepala tau tak. Nak kena report police la apa lah.
Bila ada yg meninggal, bercerai ke apa baru la sebok nak tukar nama dlm geran. Time tu , tuan tanah asal pun kadang da takde. Yg meninggal , nak kena pg pejabat pusaka kecik kalau reta tak banyak. Mintak jadi pentadbir, dapat order, baru boleh buat process tukar nama. Tu pun ke nama pentadbir. Lps tu baru ke nama pemilik faraid sah etc.

Tak yahlah buat drama kata tunggu da tua baru nak tukar nama. Tak sampai hati bla bla bla.

Artemesiaa Publish time 4-4-2022 12:55 PM

sarahmirza replied at 2-4-2022 03:42 PM
Strata lagi murah ke?
Rumah yang eco2 tuh kebanyakan rumah strata...
Bila strata ada restriction n ...

Kalau eco semestinya mahal dah ada jenama disitu tambah dengan facilities nya tapi kalau yang tak berjenama boleh je dapat lebih murah sikit
Pages: 1 [2]
View full version: Bukan Milik Kita Sepenuhnya - Rumah Cantik Tapi Lot Lidi


ADVERTISEMENT