natrahn Publish time 23-3-2022 01:26 PM

Bukan Milik Kita Sepenuhnya - Rumah Cantik Tapi Lot Lidi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/101128a60fipxfxn40gl6l.pngKredit foto - Harian Metro





Lot Lidi sememangnya telah berjaya menarik minat ramai orang. Maklumlah harganya murah. Pasti sesiapa sahaja akan jadi rambang mata. Tapi tahukan anda lot ini sebenarnya mempunyai pelbagai risiko.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/100537z2k2oha24w1134qw.jpg

Kredit Foto - Facebook Dr Azizul Azli Ahmad



Risiko membeli tanah lot lidi ini boleh merugikan pembeli seperti yang dikongsikan pelabur hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran Facebooknya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/095326nsyd5lf4lksr6jw2.pngKredit Foto - Facebook Dr Azizul Azli Ahmad



Lot lidi sebenarnya merupakan tanah yang mempunyai geran yang sah namun dibahagikan kepada beberapa lot kecil untuk dijual semua kepada pembeli.


Lazimnya status tanah seperti ini adalah tanah yang berstatus tanah pertanian yang telah dijual semula sebagai lot bangunan kepada pembeli lain.


Loti lidi tidak mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan bersama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/100603eble13bwina1ayoo.jpg

Kredit Foto - Facebook Dr Azizul Azli Ahmad




Berikut adalah risiko yang akan dihadapi bagi pembeli tanah lot lidi ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/095828iirdvbcbxiiebbcf.png


Kredit Foto - Facebook Dr Azizul Azli Ahmad


Sebagai info, sebenarnya tanah lot lidi ini memang boleh dibeli asalkan semua prosedur yang sah dari segi undang-undang dipatuhi. Contohnya tanah itu memiliki geran individu berasingan dan berstatus bangunan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/23/100807ddv99updoru1uqu6.png

Kredit Foto - harianpost



Membeli tanah bukan suatu perkara yang mudah. Sebaiknya dapatkan khidmat pakar sebelum membuat sebarang pembelian terutamanya tawaran harga yang murah.


Sedangkan dengan adik beradik sendiri boleh bercakar, berpecah-belah hanya kerana tanah, apatah lagi sekiranya ia melibatkan perkongsian tanah antara orang luar seperti tanah lot lidi ini. - CARI



Adrif Publish time 23-3-2022 03:15 PM

Lazimnya status tanah seperti ini adalah tanah yang berstatus tanah pertanian yang telah dijual semula sebagai lot bangunan kepada pembeli lain.

aiyo.. macam tu pun boleh ka.. ni yang buat masalah kat banyak pihak camni kan?:L

Artemesiaa Publish time 23-3-2022 03:18 PM

Banyak je kes macam ni sesetengah rumah teres pun ada masaalah yang sama geran tanah belum pecah masih atas nama developer.Jadi sebelum beli elok siasat semuanya.

natrahn Publish time 23-3-2022 04:44 PM

Adrif replied at 23-3-2022 03:15 PM
aiyo.. macam tu pun boleh ka.. ni yang buat masalah kat banyak pihak camni kan?

IKlan depa selalu macam ni



Adrif Publish time 23-3-2022 04:59 PM

natrahn replied at 23-3-2022 04:44 PM
IKlan depa selalu macam ni

macam perangkap pulak gaya gini..
jadi satu hal pulak nak rujuk pejabat tanah, kalau camni, nanti nak buat camane :L

naina Publish time 23-3-2022 11:09 PM

Tempat aku banyak lot lidi untuk dijual ni
Patut lah murah. Aku siap suruh Asben beli lagi sebab harga bawah rm50k. Rupa2nya lot lidi. Buat rumah tapi takleh jual.
So untuk tahun2 akan datang tibe2 cucu cicit tuan tanah asal nak jual tanah. Sure yang beli lot lidi ni terpaksa menyerah kan. Manusia kan tamak. Mana tau dijualnya tanah tu plak.

~boolean Publish time 24-3-2022 12:30 AM

Aku tak faham hat "masuk nama kita dalam geran"...maksudnya geran tanah tu ke? Nama kita dalam geran tanah tapi tak dapat tanah?

Mohon pencerahan sesiapa...

mijot Publish time 24-3-2022 08:06 AM

kt area kg aku duduk ni byk yg jual lot lidi ni...
ramai gak yg beli sbb murah..

renko Publish time 26-3-2022 11:54 AM

so yang dah terbeli tu cmne

CardiGans85 Publish time 26-3-2022 02:32 PM

mijot replied at 24-3-2022 08:06 AM
kt area kg aku duduk ni byk yg jual lot lidi ni...
ramai gak yg beli sbb murah..

P la jumpa tuan tanah minta masukkan nama pembeli dlm geran tanah yg sama. Kena la sepakat dgn jiran2 yg lain. Masa tu baru tau, tuan tanah ni macamana perangainya . Then, baru p pjbt tanah. X pun engage lawyer.

Nk tukar status tanah pertanian kepada bangunan bukan free.

hareeeesah Publish time 27-3-2022 03:01 PM

Nak masuk nama dlm geran pun susah la ni.. ada jiran nk masukkn nama anak kena turun naik pejabat very slow process

Supersirap Publish time 28-3-2022 08:23 AM

Pertama kali dengar perkataan lot lidi ni

shernazz Publish time 29-3-2022 07:31 AM

Member iols beli kat jenjarom
Siap ajak iolz beli
Rm43k / lot

bluebellvine Publish time 29-3-2022 08:57 AM

pengalaman iolls berkenaan dgn hartanah ni, nk tukar status tanah dari pertanian ke pembangunan bukan murah. lepas tukar status kemudian nk pecah lot utk dptkan geran berasingan, kosnya mencecah ratus ribu. penah try buat utk tanah mak, tp bila memandangkan kos yg terlalu mahal langsung cancel. tp mmg byk owner tanah yg buat mcm ni.. jual dulu kemudian bila dh cukup modal baru uruskan pecah lot.

talapia Publish time 29-3-2022 01:03 PM

~boolean replied at 24-3-2022 12:30 AM
Aku tak faham hat "masuk nama kita dalam geran"...maksudnya geran tanah tu ke? Nama kita dalam geran ...

1 ekar tanah.. dibahagi 8 lot kononnya.. so.. ada 8 owner. Dalam geran mane bole letak nama ramai2.. so letak nama sorang aje sebagai pemegang kuasa.. ada surat lain yg mention nama2 pembeli tanah tu. Dalam geran mmg takde nama pembeli 7 orang yg lain.

Boleh kalau nk pecahkan... convert tanah pertanian kepada kediaman. Mcm2 kosla akan terlibat. Tu satu.. satu lagi.. kena sediakan sebahagian dr tanah tu.. utk jadi rizab jalan. Itu pon kena ada tandatangan semua 8 pembeli. Kalau sorang xnak sign.. mmg mereput la...

cerewet kes ni.. kena turun naik pejabat tanah.Tau je la dealing dgn pejabat tanah.. ya ampun lembab.


~boolean Publish time 29-3-2022 11:12 PM

talapia replied at 29-3-2022 01:03 PM
1 ekar tanah.. dibahagi 8 lot kononnya.. so.. ada 8 owner. Dalam geran mane bole letak nama ramai2 ...

Begituuu..punya lah rumit..
Patutlah murah, aku pun hampir kena..nasib baiklah aku mudah was2 bila tengok orang jual murah sangat..

sarahmirza Publish time 29-3-2022 11:21 PM

Artemesiaa replied at 23-3-2022 03:18 PM
Banyak je kes macam ni sesetengah rumah teres pun ada masaalah yang sama geran tanah belum pecah mas ...

Itu strata kot sis... mmg tak pecah geran..

Artemesiaa Publish time 30-3-2022 11:23 AM

sarahmirza replied at 29-3-2022 11:21 PM
Itu strata kot sis... mmg tak pecah geran..

Betul tapi ramai yang tak tahu pasal tu bila dah beli baru mereka tahu.Disebabkan itu harga rumah tu jadi lebih murah sikit kalau belum pecah geran.

annehuda Publish time 30-3-2022 11:40 AM

CardiGans85 replied at 26-3-2022 02:32 PM
P la jumpa tuan tanah minta masukkan nama pembeli dlm geran tanah yg sama. Kena la sepakat dgn jir ...

syarat nak pindah milik tanah pertanian ni kene serah semua bahagian atau at least 1ekar. mane maunye tuan tanah nk kasi smpi 1 ekar

CardiGans85 Publish time 30-3-2022 10:28 PM

annehuda replied at 30-3-2022 11:40 AM
syarat nak pindah milik tanah pertanian ni kene serah semua bahagian atau at least 1ekar. mane mau ...

Tu la pasal.

Bila owner meninggal dunia nanti takut menyembah bumi je rumah tu dek anak2 si mati. Dialognya 'ni tanah dan gerannya nama bapak aku, ko sape? Haa APTB
Pages: [1] 2
View full version: Bukan Milik Kita Sepenuhnya - Rumah Cantik Tapi Lot Lidi


ADVERTISEMENT