Raline Publish time 22-3-2022 07:59 PM

Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2022/03/22152349/siakap-keli-article-cover-1647933766-740x386.jpeg
Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

KUALA LUMPUR – Jangka masa untuk cuti bersalin kini dilanjutkan kepada 98 hari, manakala cuti paterniti lelaki dipanjangkan selama tujuh hari.

Lanjutan cuti berkenaan diumumkan selepas mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat dan diluluskan dalam Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, cuti paterniti ini hanya diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin. Namun, ia tidak terhad kepada satu isteri sahaja.

“Cuti ini hanya untuk pekerja lelaki yang sudah berkahwin dengan pasangannya, bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama dan memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin.

“Cuti ini boleh diambil mulai dari hari isteri bersalin,” kata Awang memetik laporan Utusan berkait pindaan fasal itu.

Menurut beliau, cuti paterniti amat penting mengingat tanggungjawab suami atau bapa adalah menjaga keluarga, di samping dapat menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil.

“Kementerian Sumber Manusia berpandangan adalah wajar pekerja lelaki yang berkahwin diberikan cuti paterniti supaya mereka dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak, menjaga isteri yang baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan serta menyelesaikan urusan tertentu seperti urusan pendaftaran anak,” ujar beliau.

Tambah Awang, tujuan pindaan itu adalah untuk memberi ruang dan masa yang mencukupi kepada suami bagi menguruskan anak yang baru lahir.

“Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

“Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,” jelas beliau dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu menurut Awang, ketetapan maksimum cuti paterniti pekerja lelaki untuk lima kelahiran akan disemak dari semasa ke semasa.
“Ini sebagai permulaan dan setiap dua tahun kita akan semak balik akta yang ada dan kita akui ada masih ada kelemahan, namun ini manfaat untuk semua kumpulan pekerja terutama B40,” tambah beliau.

Penggubalan Akta Kerja atau Akta 265 bertujuan memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja.

Akta ini berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan dilaksanakan melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum.

Sebelum pindaan cuti bersalin 98 hari dibuat, tempoh cuti bersalin yang diberikan kepada pekerja wanita adalah 90 hari.

Manakala, cuti paterniti untuk pekerja lelaki yang isterinya melahirkan anak adalah selama tiga hari.

https://siakapkeli.my/2022/03/22/kerajaan-panjangkan-cuti-bersalin-kepada-98-hari-cuti-paterniti-7-hari/

m.a.n.a.kautau Publish time 23-3-2022 08:16 AM

Sepantas kilat Robin buat appointment di pejabat nikah......cari kadi....

Dlm keghairahan tidak mahu terlepas incentives ini, kadi dicari dulu....calon kendian...





;P;P;P

mizruncing Publish time 23-3-2022 12:18 PM

bab cuti yg dikisahkannn

m.a.n.a.kautau Publish time 23-3-2022 01:50 PM

mizruncing replied at 23-3-2022 12:18 PM
bab cuti yg dikisahkannn

Cuti bersalin for good 3mths, gaji jalan, hang tak mahu kah mzruncing???

Kita ambik contoh robin kita, umurnya yg dah nak masuk 6 series tahun ini, masih perlu kerja membanting tulang menyara 7 org anak sorang diri...ibu tunggal....jodoh tak panjang ...katanya....tiap hari wiridnya "nak cari kayu nak cari kayu", kerja sampai kepenatan saban hari bila masuk magrib...akan terlentang bawah meja makan, tidur...kepenatan....

Incentive seperti ini tentunya dapat memberi lembaran dan semangat baru utk org macam robin ini....pertama a relief utk dirinya...to still be paid for good 3 mths hanya memberanakkan bayi...yg kedua dah ada peneman utk kejutkan dia jika tertidur bawah dining table atau better diangkat ke atas katil...

Say sebulan gaji si robin sekarang RM20k...which means a good RM60k will be paid to her for good 3 mths hanya utk dok rumah menetekkan bayi yg baru diberanakkan...hang tak mahu kah???

Cuma cabaran besarnya skg??? Mana nak cari calon????

Usia dah nak menjangkau kekeringan seperti ini bukan soal tak laku...tapi ada kah lelaki yg diluar sana sanggup hadap angin satu badannya terutama utk golongan yg meniti hari hari kekeringan???

Bak kata anak buah manak....

Jodoh tuh urusan Allah....

{:1_552:}




mizruncing Publish time 23-3-2022 02:44 PM

m.a.n.a.kautau replied at 23-3-2022 01:50 PM
Cuti bersalin for good 3mths, gaji jalan, hang tak mahu kah mzruncing???

Kita ambik contoh robin...

sory tak berapa nk clear.. mmg now cuti bersalin 3 bulan pon. which is auto husband akan dpt cuti seminggu lepas wife bersalin. so what else
Pages: [1]
View full version: Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari


ADVERTISEMENT