Raline Publish time 22-3-2022 07:58 PM

Datang majlis kahwin dapat minyak masak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/kuiz-minyak-masak.jpg
TANGKAP layar memaparkan situasi sebuah majlis perkahwinan yang memberikan hadiah minyak masak kepada pemenang acara kuiz. – Instagram

Datang majlis kahwin dapat minyak masak

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sebuah majlis perkahwinan yang memberikan minyak masak sebagai hadiah kepada tetamu yang memenangi acara kuiz, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik @mydreamorganizer.

“Ke majlis perkahwinan dapat makan (tidak), ke majlis perkahwinan dapat minyak masak (ya),’’ demikian keterangan klip video tersebut.

Hadiah minyak masak berkenaan diberikan kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz yang ditanyakan oleh pengacara majlis.

Pengacara majlis yang berpakaian serba hitam dilihat mengendalikan acara ketika ahli-ahli jawatankuasa lain mendapatkan maklumat dan jawapan daripada tetamu yang hadir.

Di penghujung klip video, beberapa pemenang yang menyertai aktiviti itu masing-masing diberikan minyak masak.

Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wah minyak masak untuk doorprize majlis perkahwinan, memang di luar kotak,’’ tulis seorang netizen.

“Tidak hairan bekalan kurang, rupanya dibeli untuk majlis,’’ komen netizen lain. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/03/22/datang-majlis-kahwin-dapat-minyak-masak/


Artemesiaa Publish time 23-3-2022 03:21 PM

Maklumlah minyak masak makin mahal dan susah nak dapat stock disana

wirazam Publish time 23-3-2022 08:04 PM

Dulu..masa luckydraw familyday..Ada yg dpt minyak masak...tah apa apa organizernya...better ko bg tunai je

mijot Publish time 24-3-2022 08:17 AM

dah jadi trend bagi brg keperluan dapur...
Pages: [1]
View full version: Datang majlis kahwin dapat minyak masak


ADVERTISEMENT