tatod Publish time 22-3-2022 03:04 PM

Pelancong 'Diganggu', Lifeguard Tolong Letak Balik Cangkerang Yang Diambil

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/22/143814ikgk98ts3a8l89ll.png

Lumrah bagi mana-mana pencinta lautan untuk mencari dan mengutip cangkerang cantik sebagai tanda kenangan setiap kali bercuti atau lepak santai di tepi pantai.


Pun begitu, lain pula yang terjadi kepada seorang pelancong yang berkunjung ke Pulau Tioman apabila terkena gangguan mistik gara-gara mengambil cangkerang dari kawasan berkenaan dibawa balik ke penginapannya.


Diceritakan oleh Ra'id Faykar Radzali, 27, yang bekerja sebagai lifeguard di pusat pulau berkenaan, pelancong lelaki yang mengambil cangkerang itu mengadu tidak dapat melelapkan mata akibat 'dilawat' kelibat misteri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/22/143851pazzgmsog9t9s2a8.jpg



"Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu. Kami sudah maklumkan di setiap tempat bahawa terumbu karang, kulit siput atau apa sahaja yang ada tidak boleh diambil apatah lagi di bawa pulang.


"Pertama sekali, ia memang termaktub dalam undang-undang Taman Laut. Yang kedua, kita bimbang ada kejadian mistik yang mungkin akan berlaku.


"Selepas sesi snorkeling, kami tidak tahu dia ada mengambil sesuatu daripada Tulai Island. Esoknya, dia datang jumpa lifeguard resort dan maklumkan ada yang datang 'melawat' pada malam itu," katanya kepada Mstar.


Pelancong itu tidak memperincikan kejadian yang menimpa dirinya namun menyerahkan barang yang diambilnya bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang lebih buruk.




7077165615005453595


Bagaimanapun, kata jejaka itu, pelancong berkenaan bernasib baik kerana dia diganggu ketika masih berada di pulau itu. Keadaan mungkin sukar sekiranya mereka sudah keluar dari pusat peranginan berkenaan.


"Sebelum ini ada pelancong yang terkena kejadian sama tetapi mereka sudah keluar dari pulau. Jadi, mereka terpaksa pos barang itu untuk dipulangkan semula.


"Ini adalah ingatan untuk kita semua. Ini bukan untuk Pulau Tioman sahaja tetapi mana-mana pulau lain," katanya.







chinta89 Publish time 22-3-2022 03:15 PM

lalu lalang kat ig psl mende ni. so, singgah FC nk baca thread.

eyansss Publish time 22-3-2022 04:33 PM

sibuk la amek jugak walau dah diberi amaran…padan muka ko…

esbok Publish time 22-3-2022 05:03 PM

Lumrah manusia, yang jangan tu la yang dibuat. Kena buat arahan terbalik, "Ambik lah ambik lah ambikk laaaahhh. Tidur , pakai cantik sikit, ada yang nak singgah nanti"

MsJules Publish time 22-3-2022 05:29 PM

Uuuhh terus teringat pengalaman pegi Royal Belum.

Kawan mat salleh bawak anak2 dia umur 10 ngan 8.

Tak tau la yang boy umur 8 tahun tu bawak balik apa.. Tapi dalam perjalanan balik ke KL, tetiba dia leh cakap Melayu pastu ala2 Bangsawan punya style. Serious rasa nak terkucil. Terus call kawan, bawak gi jumpa Ustaz. Makan 2 minggu jugak la dia nak baik.Gila cakap Melayu macam citer dulu-kala... Iskkk seram betoi...

hareeeesah Publish time 22-3-2022 05:49 PM

Benda pulau, ditegur, ambik brg ni iolls percaya sbb sedara iolls sampai skarg tak sihat. Asalnya dia pegi snorkeling dgn bapak dia bila balik terus kemurungan berbulan pastu nanti dia ok few weeks kena lagi. Bila tanya dia mcm xigt apa kejadian.. kesian jugak..

Lily_Elizabeth_ Publish time 22-3-2022 06:11 PM

Itu ke lifeguard itu?.

Handsomenya.

mama_cat Publish time 23-3-2022 01:06 AM

MsJules replied at 22-3-2022 05:29 PM
Uuuhh terus teringat pengalaman pegi Royal Belum.

Kawan mat salleh bawak anak2 dia umur 10 ngan 8.


budak2 kan, semua nak dikutipnya.. tapi tak kata la kat budak, dulu laki aku suka la kutip batu batuan sungai kat air terjun (bila hiking masuk hutan) buat souvenir bwak blik, pastu sekali tu kami bawak anak kami pi air terjun durian perangin ka ap kat langkawi, laki aku pun ajaq la anak aku kutip masuk dlm botol, konon nk buat kenangan la, sekali acik2 kat situ marah suruh letak balik, siap temankn laki aku letak balik.. aku dah seram tggu dlm kereta... since then, smpai ke sudah mmg laki aku tak kutip dah batu ka apa bila pi hiking.. apa yg dia rsa ntah, smpai kesudah dia takmau cerita...

bitterchoc Publish time 23-3-2022 07:15 AM

MsJules replied at 22-3-2022 04:29 AM
Uuuhh terus teringat pengalaman pegi Royal Belum.

Kawan mat salleh bawak anak2 dia umur 10 ngan 8.





Dia cakap apa? Takde sapa tanya soalan kat dia ke? Hehehe ngeri.

dua_chzy Publish time 23-3-2022 08:52 AM

MsJules replied at 22-3-2022 09:29 AM
Uuuhh terus teringat pengalaman pegi Royal Belum.

Kawan mat salleh bawak anak2 dia umur 10 ngan 8.


Patutnya korang mintak nombor ekor.

annehuda Publish time 23-3-2022 11:16 AM

MsJules replied at 22-3-2022 05:29 PM
Uuuhh terus teringat pengalaman pegi Royal Belum.

Kawan mat salleh bawak anak2 dia umur 10 ngan 8.


ni aku baca kt satu thread kt bod mps tu. pasal pelancong amerika gi bali tgk kuda kepang ke, pastu die try la nak naik kuda kepang tu, ujung-ujung kene rasuk plak

annehuda Publish time 23-3-2022 11:24 AM

ni pun aku baru baca kt thread kt mps tu, ada satu taman negara kt us tu ada batu cantik2. tapi sape bawak balik nnt ditimpa nasib malang ke camtula. ramai yg pos balik smpi bertimbun2 batu tu kt situ

MsJules Publish time 23-3-2022 05:30 PM

bitterchoc replied at 23-3-2022 07:15 AM
Dia cakap apa? Takde sapa tanya soalan kat dia ke? Hehehe ngeri.

Salah satu ayat yang ingat, dia pandang kat I sambil tanya:

"Mengapa kamu merasa gelisah?" (Cara cakap macam citer bangsawan ala2 Puteri Gunug Ledang tu)
Haiiissshhh I type ni pon terus meremang bulu romaaaaaaa!!!

Skarang ni dah 17 tahun dah budak ni... Masih tak reti cakap BM huhuhuh...

MsJules Publish time 23-3-2022 05:32 PM

dua_chzy replied at 23-3-2022 08:52 AM
Patutnya korang mintak nombor ekor.

Uiiii takut wei nak cakap ngan dia padahal dia budak je kot masa tu...
Sehabis boleh nak avoid eye-contact!

MsJules Publish time 23-3-2022 05:33 PM

Lily_Elizabeth_ replied at 22-3-2022 06:11 PM
Itu ke lifeguard itu?.

Handsomenya.

Tu ah I pon tengok 3-4 kali gak haahahahahaha

dua_chzy Publish time 23-3-2022 06:12 PM

MsJules replied at 23-3-2022 09:30 AM
Salah satu ayat yang ingat, dia pandang kat I sambil tanya:

"Mengapa kamu merasa gelisah?" (Cara...

Sonok menda tu menyakat uols ya. :lol:

dua_chzy Publish time 23-3-2022 06:13 PM

MsJules replied at 23-3-2022 09:32 AM
Uiiii takut wei nak cakap ngan dia padahal dia budak je kot masa tu...
Sehabis boleh nak avoid eye ...

Aiol terfikir dalam takut2, if ai di tempat uols, teringin nak tau kehidupan di zaman lampau zaman heshe. Menarik ni. Bukan selalu boleh jadik dan alami dalam hidup. :lol:

jihyomelly Publish time 23-3-2022 08:51 PM

MsJules replied at 23-3-2022 05:30 PM
Salah satu ayat yang ingat, dia pandang kat I sambil tanya:

"Mengapa kamu merasa gelisah?" (Cara...

ayooo mau terkucil kalau ditanya camtu

bitterchoc Publish time 23-3-2022 10:08 PM

MsJules replied at 23-3-2022 04:30 AM
Salah satu ayat yang ingat, dia pandang kat I sambil tanya:

"Mengapa kamu merasa gelisah?" (Cara...




Huishhh hehehehee

~boolean Publish time 24-3-2022 12:32 AM

Aku suka ambil cangkerang tepi pantai..
Pages: [1] 2
View full version: Pelancong 'Diganggu', Lifeguard Tolong Letak Balik Cangkerang Yang Diambil


ADVERTISEMENT