rahsier Publish time 21-3-2022 09:05 PM

Idea masakan untuk bekal anak ke sekolah

Hi semua! Anak aku baru masuk darjah 1.. sebagai mak2 yang senang terpengaruh dengan trend2 skrg yang bekalkan anak dengan makanan, aku nak korang share menu yang best2 untuk aku bekalkan kat anak aku tu.. macam arini aku masakkan roti telur.. esok takkan nak buat roti lagi.. kang bosan pulak budak tu..

Hopefully korang boleh tolong bagi idea.. tqsm

musangbodoh Publish time 21-3-2022 10:03 PM

bg biskut tiger hat kecik tu...5 hari deret no hal{:smileo

manehnya Publish time 22-3-2022 10:35 AM

1st day aku buat as dia req - spgeti carbonara
2nd - makaroni carbonara pink

sbb anak yg ni girl susah!

yg laki senang ja, semua bedal, order cikgu senang kerja.. yg ini aku sampai celik mata dullu sebelum jam bunyi dok teringat nk masak apa satg

3chanceno Publish time 23-3-2022 03:30 PM

1.Macaroni goreng dengan minced meat/ayam.
2. Roti hotdog/burger - isikan dengan fish fillet atau daging burger (beli di supermarket untuk isi)
3. Bee hoon goreng

Lily_Elizabeth_ Publish time 24-3-2022 08:02 AM

1. Roti celup terung / gorengkan with planta.
2. Kentang goreng with air fryer (less oil sikit).
3. Patty burger (buat sendiri) with roti.
4. Bubur nasi ikan bilis (start cook bubur mlm)
5. Nasi goreng planta or butter with onion.

Tadaaaa.
Cukup lima hari.
Semoga anak sihat dan cerdas belajar ya.

rahsier Publish time 24-3-2022 10:15 AM

Lily_Elizabeth_ replied at 24-3-2022 08:02 AM
1. Roti celup terung / gorengkan with planta.
2. Kentang goreng with air fryer (less oil sikit).
3....

Wow! Hebat la mak2 dalam ni.. sy setiap hari tanya anak.. nak makan apa.. hari2 dia mintak roti je ????.. nasi2 xmau..

3chanceno Publish time 24-3-2022 05:23 PM

rahsier replied at 24-3-2022 10:15 AM
Wow! Hebat la mak2 dalam ni.. sy setiap hari tanya anak.. nak makan apa.. hari2 dia mintak roti je ...

Kalau dia nak roti, you boleh beli roti raisins letak cheese..

Next day roti burger letak fish fillet or beef/ayam patties dgn timun.

Lusa roti dengan telur omelette..

Roti celup telur pun boleh

Selamat mencuba dan bekalkan sekali buah seperti pisang or apple

cik_nur Publish time 1-4-2022 12:46 AM

Sama la ngn saya.. 1st time anak sekolah tahun 1. Pening nak bg bekal apa sek kafa pagi dan sek petang.

Pagi petang bawa epal potong siap2 ngn air kosong je.. dia pun nak, mak pun on je.. mudah keje mak.. :sweat3:

Selalu bekalkan bihun goreng, epal potong, ns goreng, koko krunch, roti sapu peanut butter..

3chanceno Publish time 1-4-2022 12:53 PM

cik_nur replied at 1-4-2022 12:46 AM
Sama la ngn saya.. 1st time anak sekolah tahun 1. Pening nak bg bekal apa sek kafa pagi dan sek peta ...

Hi Nur,

Senang jugak bekal untuk anak ya

Meols cadangkan bekalkan buah seperti pisang atau pear jadi anak tak boring...kalau tak pun betik atau watermelon. Buah2 boleh dipotong kecil2.

Bekal roti dgn butter & jem atau butter dgn cheese.macam2 roti yang dah siap seperti roti dgn cream, roti bun red bean atau kelapa atau roti sunshine coklat cream pun boleh jugak...nasi goreng dgn nuggets pun ok jugak:)

cik_nur Publish time 4-4-2022 09:49 AM

3chanceno replied at 1-4-2022 12:53 PM
Hi Nur,

Senang jugak bekal untuk anak ya


Oo.. banyaknya cik 3chanceno share menu..
Terima kasih banyak.. :loveliness:
Boleh cuba menu2 dalam ni pula:)

kepompong Publish time 9-4-2022 03:50 PM

i tkde anak kecik tapi selalu rasa terlepas peluang nak bagi anak bento comel2 macam kat youtube bento:laugh3:

Naatasha Publish time 13-4-2022 09:20 PM

Edited by Naatasha at 13-4-2022 09:28 PM

Saja nak share, i suka tengok ig nurulism. Rajin pagi2 dia buat bekal anak dia, nampak berkhasiat belaka.

https://www.instagram.com/p/CaQZYaqBdas/?igshid=YmMyMTA2M2Y=https://www.instagram.com/p/CaTVDbzp1gW/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
https://www.instagram.com/p/CbrFfLxp4_4/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Pages: [1]
View full version: Idea masakan untuk bekal anak ke sekolah


ADVERTISEMENT