Cintaerina Publish time 21-3-2022 06:06 PM

"Lawa Seluar Hantu Tu" – Netizen Terhibur Pemburu Paranormal Kantoi Rakam 'Hantu Buatan'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/21/171137wk8r2y9ihaszfczh.pngSumber: Tiktok Ceomaribincang




Pada zaman kini, pelbagai jenis video dikongsikan di media sosial. Walaupun kadang-kala kita melihat sesuatu video viral, namun tidak semua 'content' yang ditunjukkan boleh kita percayai bulat-bulat kerana terdapat 'content' yang sengaja dibuat-buat supaya mendapat jumlah likes yang tinggi, sekali gus menjadi popular dalam masa singkat.


Baru-baru ini, satu video dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai ceomaribincang menunjukkan seorang lelaki yang kononnya pergi memburu hantu di satu bangunan usang.


Namun, ketika membuat sesi live di Instagram, pemburu hantu ini kantoi membuat ‘hantu buatan manusia’.




7073735751388777754


Menerusi video itu, ketika pemburu hantu berkenaan sedang melaungkan perkataan 'hadir', tiba-tiba satu kelibat entiti dilihat di sebalik pintu dan lelaki tersebut terus membacakan beberapa ayat suci al-Quran. Juga didengari beberapa ketukan di pintu yang dirakam mereka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/21/171640esfm4k1wwf4lwqmu.pngSumber: Google Image




Namun, ketika lelaki itu membuka pintu berkenaan, kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian. Hal ini menyebabkan lelaki itu panik dan mengalihkan kameranya ke arah lain sebelum kembali menunjukkan keadaan bilik itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka ternampak susuk tubuh lelaki yang tidak dikenali terbabit dan mengatakan bahawa lelaki itu kantoi menipu. - CARI

imransulaiman Publish time 21-3-2022 07:29 PM

Muka dia lagi seram dari hantu siotttt! :D

elzy Publish time 22-3-2022 10:31 AM

Memang tak boleh percaya.. Paranormal mencari entiti tapi bila jumpa entiti teriak bagai nak rak.. At last bawa 'hantu' sendiri.. Hantu pakai tracksuit pants..

Carcosa Publish time 22-3-2022 11:13 AM

Yal lah gambar tortoise yg last tu:lol:

shysari Publish time 22-3-2022 01:33 PM

Edited by shysari at 22-3-2022 01:39 PM

Seekers rancangan yg rakaman tu pun kantoi menipu inikan pulak live. Paling menyampah pupergunakan ayat2 al quran penunggang sungguhlah memalukan je.

copy_paste Publish time 22-3-2022 03:41 PM

xkan ada video yg ada penampakkan hantu,
sbb tu best layan video solo ambush, sbb layan gelagat bukan layan ada hantu nak muncul...

myakayina Publish time 23-3-2022 03:05 PM

ingat senang ke nak dpt rakam dgn jelas mcm tu.. sedangkan yg terbang tu pun ada yg ckp guna drone..dipakaikan kain putih..entah ler..:lol:
Pages: [1]
View full version: "Lawa Seluar Hantu Tu" – Netizen Terhibur Pemburu Paranormal Kantoi Rakam 'Hantu Buatan'


ADVERTISEMENT