R2D2 Publish time 20-3-2022 10:01 AM

Ahli paranormal dakwa di Britain dah kurang hantu pasal yg lama-lama tu dah tua. Transit tempat lain

Roh semakin tua, mungkin berpindah ke alam lain... ahli paranormal dakwa bilangan hantu makin berkurangan
Ahad, 20 Mac 2022 7:30 AM

KEDENGARAN tidak masuk akal, namun ahli paranormal di Britain mendakwa hantu di negara itu semakin berkurangan.

Menurut Dr Paul Lee, keadaan itu berlaku kerana roh-roh lama yang semakin tua dan berkemungkinan sudah berpindah ke alam lain.

"Sejak Januari 2020, saya telah menghubungi semua lokasi yang dilaporkan berhantu pada aplikasi saya.

"Saya bertanya kepada penduduk, pemilik atau kakitangan jika mereka mengalami sebarang aktiviti yang tidak dapat dijelaskan.

“Setakat ini saya telah menerima hampir 800 balasan, mereka tidak mengalami apa-apa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Nampaknya banyak hantu tidak aktif atau berpindah," ujar penyelidik dan pengarang paranormal itu.

Tambah Dr Lee, lokasi-lokasi berhantu seperti Istana Conisbrough di Selatan Yorkshire, Hotel Ettington Park di Stratford, Fortnum dan Mason di Piccadilly sudah kurang kes gangguan sejak kebelakangan ini.

"Boleh jadi roh mempunyai sumber tenaga semula jadi yang mula berkurangan dari masa ke masa, meninggalkan mereka tanpa rizab untuk muncul lagi," ujarnya. - Daily Star.

Sumber: mstar.com.my

Rockafella Publish time 20-3-2022 11:44 AM

Hantu2 di UK mati kali kedua sebab Covid-19. :lol:

monreyes Publish time 20-3-2022 09:17 PM

soh dorang datang CI kutip roh stinger..baru meninggal tu..

selipar_hijau Publish time 18-5-2022 01:41 PM

Pindah ke another universe??

lipans Publish time 31-5-2022 12:37 PM

hantu semua pakai mask. dah tak menakutkan.

shop_girl Publish time 31-5-2022 03:13 PM

Roh pun boleh jadi tua ke? :lol:
Pages: [1]
View full version: Ahli paranormal dakwa di Britain dah kurang hantu pasal yg lama-lama tu dah tua. Transit tempat lain


ADVERTISEMENT