Raline Publish time 19-3-2022 04:53 PM

Tunggangan sensasi 'raksasa' Niken

Tunggangan sensasi 'raksasa' Niken

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken01_1647666046.jpg
Yamaha Niken MXT850.


KUALA LUMPUR: Motosikal tiga roda bukanlah satu kelaziman dalam masyarakat. Mungkin sebab itulah Yamaha Niken MXT850 ini menarik perhatian setiap kali ditunggang. Terasa seperti seorang selebriti, di mana-mana orang melihat anda, kanak-kanak melambai, penunggang basikal mengangkat tangan dan pejalan kaki tersenyum.

Jika sebelum ini, terdapat motosikal 'trike' adalah kenderaan bermotor berbentuk antara kereta dan motosikal, sama ada mempunyai roda tunggal depan atau di belakang yang agak 'rigid' atau kaku, namun konsep LMW (Leaning Multi Wheeler) yang diketengahkan Yamaha pada Niken menjadikan ia lebih fleksibel dan berkarektor seperti motosikal beroda dua.

Soalan lazim ditanya adalah sama ada motosikal ini boleh tumbang? Ya, tentunya ia boleh tumbang jika kita tarik tongkatnya sama seperti motosikal beroda dua.

Namun begitu, kelebihan Niken berbanding motosikal beroda dua adalah ia memberi cengkaman dan kestabilan yang amat padu pada bahagian hadapan sama ada di jalan lurus dan di selekoh.

Enjin pada Niken ini pula adalah menyamai enjin tiga-silinder pada Yamaha MT-09, meskipun mempunyai beberapa perbezaan seperti engkolnya yang lebih berat.

Yamaha mula mengeluarkan dan memperkenalkan Niken pada Julai 2018 di peringkat global. Namun begitu menurut prinsipalnya di Malaysia iaitu Hong Long Yamaha Malaysia (HLYM), pihaknya tidak membawa masuk model ini ke pasaran tempatan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken02_1647666049.jpg
Konsep LMW menjadikannya lebih fleksibel seperti motosikal biasa. - NSTP/Eizairi Shamsudin

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken06_1647666059.jpg
Bahagian belakang yang meruncing dan sporty. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Susulan itu menunggang uji model ini adalah satu peluang keemasan untuk merasai keunikan motosikal beroda tiga LMV yang berkuasa tinggi sebegini.

Keunikan pada Niken ini adalah sistem 'parallelogram' pada dua fork hadapan. Ia membolehkan pergerakan sinonim ke kiri dan kanan dengan aras kesendengan sehingga 45 darjah, sekali gus menjadikan tunggangan hampir menyamai motosikal biasa. Mengikut Yamaha, roda kembar hadapan yang sebelah lagi hanya akan terangkat jika kecondongan bahagian hadapan melebihi 50 darjah.

Meskipun ia menambah berat ke bahagian hadapan, namun perkara ini menjadi Niken lebih stabil. Sebaik sahaja mula meluncur, ia tidak terasa seperti mempunyai dua roda hadapan.

Memecut pada kelajuan tinggi, sebelum membrek kemudiannya mengambil selekoh, ternyata cengkaman 'jentera ganjil' ini adalah amat baik dan ia seolah-olah 'melekat' pada jalan raya.

Kesan giroskopik kedua-dua roda hadapan 15-inci itu menawarkan kestabilan yang tiada tandingan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken04_1647666055.jpg
Kesan giroskopik kedua-dua roda hadapan 15-inci menawarkan kestabilan yang tiada tandingan. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Di jalan raya yang tidak memerlukan pertukaran arah secara mengejut, ternyata Niken sangat selesa dan hampir tidak terasa langsung ketika melanggar lopak dan lubang kecil di jalan raya. Kualiti suspensi pada Niken sememangnya amat baik.

Meskipun berat motosikal ini mencecah 263 kilogram (kg), iaitu 70 kg lebih berat berbanding model enjin sama iaitu MT-09, namun ia sama sekali tidak terasa.

Dari segi enjinnya, berbanding dengan motosikal lain, enjin 'triple' 847cc Niken memiliki inersia 18 peratus lebih tinggi, selain terdapat perubahan pada pemetaan enjinnya,

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken03_1647666051.jpg
Dilengkapi enjin ‘triple’ 847cc menyamai model MT-09. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Penghantaran kuasa pada enjin ini tentunya lancar sama seperti pada model MT-09, meluncur pantas dan agresif. Ia turut dilengkapi penukar gear pantas (quickshiter) dan sistem slipper clutch.

Kesimpulannya, meskipun dengan dua roda di hadapan, karektor lincah dan agresif jentera ini jelas hampir tiada kelainan daripada motosikal biasa, malah cengkaman padu di jalan raya ada sesuatu yang menyeronokkan.

Umumnya Niken MXT850 menawarkan keunikan dalam tunggangan. Meluncur di jalan raya dengannya menimbulkan rasa sensasi yang berbeza.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken05_1647666057.jpg

Handel yang panjang memberi kelesesaan dan paparan LCD dengan informasi tunggangan yang memadai. - NSTP/Eizairi Shamsudin


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bniken07_1647666061.jpg
Lengan ayun dan ekzos yang sama seperti pada MT-09. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Spesifikasi:

Enjin: Tiga silinder 847cc, 12-valve triple

Kuasa maksimum: 113bhp

Tork maksimum: 87.6nm

Jenis rangka: Hibrid keluli aluminium

Kapasiti tangki: 18 liter

Ketinggian: 820mm

Berat: 267kg

Suspensi hadapan: Fork berkembar terbalik, boleh laras

Suspensi belakang: Monoshock, boleh laras

Brek hadapan: Cakera 2 x 298mm dengan 4-piston radial caliper

Brek belakang: Cakera tunggal 282mm dengan 2-piston caliper

Saiz tayar hadapan: 120/70x15

Saiz tayar belakang: 190/55x17


https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2022/03/935922/tunggangan-sensasi-raksasa-niken

Pages: [1]
View full version: Tunggangan sensasi 'raksasa' Niken


ADVERTISEMENT