Raline Publish time 18-3-2022 06:24 PM

Kenapa Tembok Besar China Di Bina ? FAKTA TERKINI!

Kenapa Tembok Besar China Di Bina

uJ0dsym1to0

Tembok Besar China dikategorikan sebagai ‘The New 7 Wonders of The World’ dan juga warisan dunia yang dilindungi di bawah UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) dan terletak di bahagian utara negara China dengan panjang melebihi 20,000km. Ianyasebenarnya bukan terdiri dari satu binaan sahaja, bahkan ianya adalah gabungan dari beberapa siri binaan tembok dan penambahbaikan dari struktur asal.

Ianya dibina dalam tempoh masa 1700 tahun dari kurun ke-3 Sebelum Masihi hinggan kurun ke-17 Masihi di kawasan sempadan utara negara China sebagai tembok pertahanan Empayar-Empayar China. Semuanya bermula pada kurun 220 Sebelum Masihi, di bawah raja pertama China,Qin Shi Huangdi, beliau mengarahkan penambahbaikan dan tembok-tembok pelindung yang dibina sebelum ini disatukan untuk melindungi penaklukan dari arah utara.

Dan akhirnya tembok besar china tamat pembinaan dan pemulihan pada zaman dinasti Ming (1368-1644) dan pada waktu ini ianya berjaya menjadi binaan tentera paling besar. Sebelum mengamalkan sistem empayar dinasti China, kerajaan-kerajaan di China sering bergolak sesama sendiri untuk merebut kuasa.




Pages: [1]
View full version: Kenapa Tembok Besar China Di Bina ? FAKTA TERKINI!


ADVERTISEMENT