Tinot7 Publish time 18-3-2022 02:12 AM

Misteri Tasik Pauh Janggi Di Beting Beras Basah, Perak

Pada satu ketika dahulu, Tasik Pauh Janggi dikatakan sangat popular di kalangan orang-orang melayu kerana akan hal-hal mistiknya yang tidak dapat dijelaskan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Tasik Pauh Janggi ini sebenarnya tidak diketahui lokasinya dengan tepat dan banyak misterinya dikatakan sama taraf dengan kawasan padang yang pernah tercetus peperangan yang besar iaitu Antah Berantah di Beruas.Dalam sejarah masyarakat kita negeri Perak yang diambil melalui lisan melalui orang-orang tua di Bagan Datuk, kawasan air pusar di Beting Beras Basah itulah yang sebenarnya dikatakan kawasan yang tasik misteri iaitu Tasik Pauh Janggi.
Kisahnya Tasik Pauh Janggi ini dianggap sebagai kawasan misteri sejak berkurun lamanya sebelum kedatangan Sultan Mudzaffar Shah I (Sultan Perak yang pertama) ke negeri Perak.
Menurut penduduk tempatan, perkataan “Pauh Janggi” sebenarnya adalah merujuk kepada nama kepada buah kelapa laut. Ada juga yang katakan ianya berkait rapat dengan Sepoh Janggi (panggilan di Brunei) atau Pulau Janggi (panggilan di Sulu) yang merupakan belahan biji benih kelapa laut yang telah diberikan kepada Putera Bongsu atau Pangiran Shahbandar Maharajalela dan telah dihantar bertujuan untuk dijadikan naik takhta Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I. Waris Kesultanan Sulu ini adalah merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei yang ke 9 iaitu Sultan Shah Berunai.
https://s4.postimg.cc/91krhrh4d/Pulau_Janggi_atau_Sepoh_Janggi.jpgSepoh Janggi / Pulau Janggi
Jika diambil kira dengan kedatangan Sultan Mudzaffar Shah I yang merupakan Sultan Perak pertama pada tahun 1528, ianya sudah tidak selari dengan penceritaan apabila kisah misteri Tasik Pauh Janggi yang dikatakan wujud sebelum kedatangan Sultan Perak pertama dan ianya dikaitkan pula dengan Sepoh Janggi ataupun Pulau Janggi. Jadi, penceritaan ini boleh disangkal dan tidak ada kaitan jika kita kembali pada fakta asalnya mengikut penceritaan tarikhnya.
https://s4.postimg.cc/xtkdozyb1/kelapa_laut.jpg

Kelapa Laut atau Pauh Janggi
Jadi, apakah misteri yang sebenarnya telah berlaku berkenaan dengan perihal Tasik Pauh Janggi ini? Sejak dari dahulu lagi kawasan Beting Beras Basah sering menjadi tempat untuk pengamal perubatan tradisional, bomoh-bomoh, pengamal ilmu hitam, pengamal ilmu batin, pengamal ilmu persilatan dan banyak lagi yang baik ataupun buruk menjalankan aktiviti mereka. Kawasan disana dikatakan adalah satu lokasi yang menjadi tempat untuk memenjarakan makhluk-makhluk halus dan makhluk-makhluk ghaib.
Pernahkah anda semua pembaca setia orangperak.com dengar akan kisah ini? Ada juga yang katakan bahawa kawasan ini jugalah yang merupakan tempat perhimpunan buat semua makhluk ghaib atau jin di seluruh dunia. Ada juga yang menceritakan tentang dibawah Tasik Pauh Janggi yang dikatakan berada di kawasan Beting Beras Basah itu terdapat sebuah lubuk pusar air yang besar dan laju didalamnya.
Di dalam dasar Tasik Pauh Janggi iaitu di kawasan lubuk pusar itulah dikatakan terdapat sebuah kerajaan yang diperintah oleh tujuh jin yang berkuasa. Ia juga dikatakan sebagai pusat kepada makhluk ghaib di seluruh dunia tidak kira jin Islam ataupun yang bukan Islam.
Mungkinkah ini yang boleh dikaitkan dengan penceritaan tentang Sultan Mudzaffar Shah I (Sultan Perak pertama) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut?
Sumber: https://www.orangperak.com/misteri-tasik-pauh-janggi-di-beting-beras-basah-perak.html

Nnasda53 Publish time 18-3-2022 09:46 AM

Iols pun tak pernah dengar kisah Tasik Pauh Janggi ni.
Terima kasih TT kongsikan.

Normabaru Publish time 19-3-2022 05:19 PM

Check innnn lg:lol::lol::lol:
Pages: [1]
View full version: Misteri Tasik Pauh Janggi Di Beting Beras Basah, Perak


ADVERTISEMENT