Raline Publish time 17-3-2022 11:55 PM

Doa ummah kini terjawab

Doa ummah kini terjawab

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/16mas_1647381559.jpg
SETIAP umat Islam perlu berlumba-lumba mengimarahkan masjid.

April tahun ini adalah April yang paling bermakna buat umat Islam di Malaysia. Ini bukan sahaja disebabkan tibanya Ramadan, bulan rukun Islam ketiga iaitu puasa ditunaikan, tetapi kali ini April akan bermulanya masa sukatan dan sekatan untuk memakmurkan masjid serta surau akan ditamatkan. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan fasa peralihan negara ke endemik baru-baru ini, turut dimaklumkan bahawa masjid dan surau boleh diimarahkan tanpa perlu melakukan penjarakan fizikal serta sukatan kapasiti.

Ini adalah satu perkara yang sangat bermakna kepada umat Islam yang selama ini merekalah komuniti paling taat dengan segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan. Ketika pasar raya dan stadium bersesak-sesak diasak pengunjung serta penonton, mereka yang memakmurkan rumah Allah tetap patuh dengan segala SOP ditetapkan.

Walaupun hati mereka sebenarnya menangis, apa yang mampu mereka lakukan ialah mensyukuri sambil berdoa untuk perkara ini segera berakhir. Apa yang penting, masjid dan surau dapat terus dimakmurkan sesempurna mungkin kerana ia adalah hidup dan jati diri hakiki umat ini sebagaimana mereka warisi daripada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW dan sahabatnya menunjukkan dengan jelas melalui kehidupan mereka, betapa besarnya erti serta kedudukan masjid dalam kehidupan Muslimin. Masjid pada masa itu benar-benar menjadi paksi kepada putaran kehidupan harian mereka. Secara umumnya masjid telah diimarahkan 24 jam sehari dengan empat kategori amalan utama iaitu dakwah, pengajaran ilmu, ibadah dan khidmat. Bukan itu sahaja, malahan untuk perkara yang kelihatan remeh pun, perhatian mereka akan tertumpu kepada masjid.

Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan, pernah satu hari, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA ke masjid kerana sangat lapar dan tidak ada makanan di rumah mereka.

Sedang mereka duduk di dalam masjid, Rasulullah SAW pun keluar dari rumah baginda dan menemui mereka berdua. Apabila ditanya, mereka memberitahu Rasulullah SAW keadaan mereka, lalu Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa perkara yang sama menyebabkan baginda juga datang ke masjid. Lalu baginda mengajak kedua-duanya pergi ke rumah seorang Ansar yang bernama Abu al-Haitham. Syarah an-Nawawi 'ala Muslim

Antara pedoman yang dapat kita pelajari daripada anekdot suci Rasulullah SAW dan sahabat baginda ini, ia menggambarkan kepada kita betapa eratnya hubungan hati seorang Mukmin itu dengan masjid. Hanya untuk masalah kelaparan sahaja pun, tempat tuju mereka ialah masjid. Malah ada diriwayatkan, pernah Rasulullah SAW pergi ke rumah Saidina Ali RA, tetapi Saidatina Fatimah RHA menyatakan Saidina Ali RA tidak ada di rumah.

Apabila ditanya lebih lanjut, Saidatina Fatimah RHA memberitahu ayahandanya bahawa Saiyidina Ali RA keluar rumah kerana marahkan dirinya.

Rupanya ada perselisihan faham antara pasangan suami isteri itu. Setelah dicari, maka didapati rupanya Saidina Ali RA berada di masjid dan sedang tidur siang di situ. Kitab Hayatus-Sahabah

Kisah sebegini sepintas lalu kelihatan kecil, tetapi hakikatnya ia menggambarkan suatu yang besar. Ia menunjukkan secara praktikal, apa sebenarnya kedudukan masjid dalam hati Rasulullah SAW dan sahabat.

Oleh itu, adalah tidak menghairankan jika untuk urusan yang lebih besar dan penting, semuanya akan diadakan di masjid. Masjid benar-benar menjadi nukleus kehidupan mereka dan perkara ini diwariskan dari generasi ke generasi umat.

Itulah sebabnya, Rasulullah SAW memerintahkan masjid dibina di setiap penempatan yang ada. Di dalam satu hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Secinta-cinta tempat di sisi Allah Taala bagi sesuatu kawasan ialah masjidnya..."

Apakah ada satu perkara yang lebih mulia daripada satu perkara yang paling Allah Taala cinta? Bagi mereka yang benar-benar beriman, satu hadis ini sahaja pun sudah memadai untuk memahamkan mereka betapa pentingnya masjid dan pengimarahannya kepada umat ini.

Semoga nikmat dan sinar Ramadan yang akan tiba bersama dengan era peralihan ke endemik negara, tidak disia-siakan oleh umat Islam di negara ini. Setiap lapisan ummah baik di peringkat Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam mahupun anak kariah, semuanya perlu dengan penuh kesungguhan dan keimanan, berlumba-lumba untuk mengimarahkan masjid semirip mungkin sebagaimana cara yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umat ini.

Penulis Pengerusi Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Islami), Cawangan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pages: [1]
View full version: Doa ummah kini terjawab

ADVERTISEMENT