Agent13k Publish time 17-3-2022 05:13 PM

Lelaki Letak Sabun Dalam Pancuran Air, Netizen Terkejut Dengan Hasilnya

Air pancuran adalah unik dan sering menjadi salah satu tarikan pengujung di tempat awam.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang pengguna melakukan "prank" terhadap satu air pancuran di sebuah kawasan yang tidak diketahui.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/160350rpaaawibznv7ya7f.pngkredit foto: TikTok



Petikan dari HCL, video tular itu menunjukkan pengguna TikTok berkenaan meletakkan sabun mencuci pinggan ke dalam pancuran air kolam itu.


Tidak lama kemudian, dia kembali ke lokasi untuk merakam keadaan kolam air pancur itu penuh dengan busa dari sabun cuci pinggan yang diletaknya sebelum itu.


7075144096892996890

Difahamkan, video yang mendapat 25 juta tontonan di TikTok itu mendapat perhatian netizen apabila buih-buih itu menjadi sangat banyak dan besar sehingga melimpah keluar dari kolam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/160124qwyv3t22123zwwm2.pngkredit foto: TikTok



Berikutan itu, netizen yang risau dengan motif sebenar pengguna TikTok berkeaan berharap tidak ada orang lain cuba meniru perbuatan itu di tempat lain pula. - CARI

Adrif Publish time 17-3-2022 08:04 PM

moh cuci pinggan berjemaah :lol:

DayangKirana Publish time 18-3-2022 02:27 PM

nothing new....ramai yang dah buat gini..
search je bubble fountain..bersepah.
benda silly tak mendatangkan faedah camni memang bebudak suka follow buat.

ally9970 Publish time 18-3-2022 03:13 PM

Demi secebis kontent...
Lepas ni makin ramai yg buat benda2 mengarut, semata2 nak dpt view

renko Publish time 18-3-2022 04:41 PM

vandalisme da ni

tikusmontok Publish time 20-3-2022 06:05 PM

Dah bodoh menyusahkan org pulak..ada pulak yg jatuh terlentang kang

achinto Publish time 21-3-2022 11:36 AM

hmm berapa kos org kena bersihkan fountain ni nanti?

dekmieDandy Publish time 21-3-2022 04:25 PM

jarang dah nak nampak fountain kat malaysia ni

dulu-dulu rumah datuk-datuk selalu ada fountain tiga tingkat tu, sekarang payah dah nak nampak
Pages: [1]
View full version: Lelaki Letak Sabun Dalam Pancuran Air, Netizen Terkejut Dengan Hasilnya


ADVERTISEMENT