CARI-MRO Publish time 17-3-2022 04:58 PM

Wanita Bingung Tunang Tiada Common Sense, Menonong Nak Ikut Pergi Majlis Kahwin Walau Tuan Rumah Tak Izin

Terdapat sesetengah perkara yang memerlukan pertimbangan 'common sense', iaitu perkara asas dalam kehidupan yang tidak perlu dipelajari di mana-mana.


Sebagaimana kisah seorang pelayar wanita ini, dia berkongsi sikap tunangnya yang seolah-olah tidak mempunyai common sense kerana mempertikaikan undangan perkahwinan yang diterimanya daripada seorang sahabat lama, sekali gus membuatkannya bingung.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/165749fai8z86alli9hamh.jpgGambar Hiasan




"Saya baru dapat jemputan perkahwinan. Dia adalah daripada salah seorang rakan rapat saya semasa menuntut di kolej dan kami tiga sekawan (saya, lelaki A, gadis B). Saya dan B dah lama tak jumpa dan borak dengan A hampir enam tahun.


"Jadi bila A jemput kami, sudah tentu kami nak hadir. Sangat gembira dan bila dah buat keputusan nak pergi, saya maklumkan kepada tunang saya, C, mengenainya.


"Satu perkara yang perlu diketahui, saya hanya ada lingkungan kecil sahabat dan C tidak tahu mengenai A. C hanya kenal beberapa kawan saya dan semuanya wanita.


"Jadil bila saya maklumkannya mengenai jemputan perkahwinan A, dia persoal kenapa tak pernah cerita pasal A," luah wanita tersebut menerusi Direct Message (DM) yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/165603rubtvvu5ttb4afm4.jpgFoto: via mStar




Tambah pelayar wanita berkenaan, perkara tersebut makin parah apabila dia memberitahu tunangnya bahawa dia perlu terlebih dahulu bertanya kepada A sebelum membawanya bersama ke majlis tersebut.


"Rakan saya, B, juga cadangkan saya tanya kepada A dahulu sebelum bawa seseorang ke majlis kahwinnya. Saya bertanya kepada A tetapi belum mendapat jawapan kerana dia sibuk dengan urusan pernikahannya.


"Tunang saya, C, tanya kenapa saya perlu minta izin A untuk bawa partner. Saya pelik dia tanya macam tu sebab pada pemahaman saya, ia adalah majlis orang dan beradablah. Sepatutnya kena tanya dulu kalau nak bawa orang lain.


"Saya terangkan kepada C tetapi dia pula faham sebaliknya. C bagi contoh kawan mak dia ajak mak dia seorang datang kenduri tetapi daripada hadir seorang, mak dia bawa satu keluarga. Saya tergamam seketika," tulisnya lagi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/165602be8f1397zvp7o0e9.jpgFoto: via mStar









Menurutnya lagi, disebabkan perkara tersebut, dia dan tunangnya bertelingkah sehingga masing-masing akhirnya tidak bertegur sapa kerana ego.


"Saya fikir kembali dan saya faham masing-masing ada fahaman. Dan ia juga berdasarkan apa yang diajar oleh orang tua mengenai adab.


"Ibu bapa saya kalau dapat jemputan memang pergi berdua tanpa kami kecuali kalau undangan mengajak seluruh keluarga. Tambahan pula ketika ini pandemik jadi saya beranggapan masing-masing ada common sense mengapa pentingnya untuk bertanya dahulu," kongsinya lagi sambil meminta pandangan warganet.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pandangan agar pelayar wanita berkenaan cuba memberi penerangan agar tunangnya dapat memahami situasi sebenar.


"Harap awak dapat terangkan kepada dia beza jemput orang yang dah berkeluarga dengan orang yang single. Dalam kes ini kalian belum berkahwin, jadi jemputan itu kira 'per head' ya melainkan disebut 'nanti bawa family or plus one'. Dia jeles tu satu hal, lepas tu complicated," tulis @mulanzhu.


"Masa saya nikah, memandangkan saya bajet untuk tetamu yang datang, memang saya pasangkan untuk satu jemputan, dua orang. Kalau dia tak ada pasangan, saya pasangkan dia dengan kawan," tulis @zahidahZ23.


"Zaman sebelum Covid wujud. Kalau dekat kampung, satu kad jemputan yang diedarkan bersamaan dengan satu keluarga. Sekarang memang satu kad jemputan, dua orang," tulis @hayyimhere pula. -CARI


Sumber: mStar Online

rikuren Publish time 17-3-2022 05:10 PM

kalau tuan rumah tak jemput tak bole datang...kira cam mencuri makan pulak kat majlis tu nanti...

nurul_akmar Publish time 17-3-2022 05:11 PM

Ape yg pening2. Bawak je la tunang dia tu..

noor2 Publish time 17-3-2022 05:13 PM

Ni isu semasa ke...@admin6

Tolong suruh CARI ni buang wartawan cari ni

mbhcsf Publish time 17-3-2022 05:16 PM

Dalam Islam, adab pi jemput org mai rumah kenduri oleh hos ialah sunat , TAPI WAJIBBB pada si tetamu datang.

YG TAK JEMPUT TAK LEH Datanglah. is that simple.

ya ALLAh , apa jadi pada matapelajaran pendidikan Islam munakahat ni? so simple pun kena lantun di media sosial.

mbhcsf Publish time 17-3-2022 05:18 PM

ini bukan common sense , ini agama - sense , eh kalau dapat lelaki macam ni , u better quiz him on rukun solatlah , i takut pulak ...benda simple macam ni pun takkan ...u know kena konflik dengan si lady si kawan yg nak pi kenduri kot ?

Tinot7 Publish time 17-3-2022 05:33 PM

jemputan kawen ni tgk tmpt kott.. kalau kat kg, mmg la deme jemput sekuarga sblm pandemik.. kalau kat hotel ka, itu bergantung kpd sapa yg dijemput. mamat tuh tak pernah pi kott?

krustykrab Publish time 17-3-2022 05:56 PM

Ada setengah org mmg camtu, suka hati kepala dia nk bawak sapa2 dtg kenduri org. Dh sampai rmh kenduri, baru nk tanya, eh takkn tuan rumah nk halau kot. Lagi parah yg sampai sewa bas angkut semua family dtg majlis org. Fikir la sikit, kesian tuan rmh nk layan kerenah korg dgn bwk baby, anak2 kecik lagi.
Gila****

Bholatchomel Publish time 17-3-2022 05:58 PM

mbhcsf replied at 17-3-2022 05:18 PM
ini bukan common sense , ini agama - sense , eh kalau dapat lelaki macam ni , u better quiz him on r ...

Setuju..Tak belajar pendidikan islam ke.. Rasa pendidikan islam kat sekolah sama je mcm yg kita belajar dedulu.. Sekarang lagi dh belajar mcm2 bukan mcm dulu nak belajar lebih kena masuk sekolah agama.

Megikari Publish time 17-3-2022 06:02 PM

Berlaku masa wedding adik aku, kawan dia bawak 1 family termasuk adik beradik padahal yang dijemput kawan dia sorang tu je. So jadi isu dekat entrance bila family dia tak boleh masuk, tapi disebabkan mak kawan adik tu dah mula kecoh2 n majlis pun dah nak mula, kitorang terpaksa bagi juga diorang masuk. So kami adik beradik pengantin pulak terpaksa beralah bagi tempat kat diorang. Mujur pihak hotel baik hati cepat2 sediakan 1 lagi meja untuk kitorang. Kenangan betul weiii

bunnyj3lly Publish time 17-3-2022 06:44 PM

Megikari: Berlaku masa wedding adik aku, ...

Ngumpat tak dalam hati tengok perangai jemputan macam tu? ;P;P

annehuda Publish time 17-3-2022 07:09 PM

Sorry la ye aku nampak pakwe die ni dh ade tanda-tanda org posesif. Sat gi dh kawen aku takut bini takde kawan terus dah sbb laki kuat mengongkong. Ada sesetgh perempuan suka lelaki mcm ni tp kalau aku rimas lg adelah

copy_paste Publish time 17-3-2022 07:55 PM

awal2 ckp je lah nk g kenduri kawin kawan dgn member,
ni kes kongkong2 abis ni,
aku xpernah lg la alami situasi mcm ni,masa aku bercinta dulu xde plak kawan2 awek aku kawin,
sbb aku kawin awal hahahahahha

Adrif Publish time 17-3-2022 08:17 PM

aku situasi terbalik sikit,
aku yang tak datang wedding orang, sebab yang jemput tu bukan tuan rumah, aku tak kenal kedua2 pengantin tu, dan yang tukang jemput tu, officemate.

pengantin perempuan dengan officemate tu berkawan, dia jemput datang wedding dia
tapi officemate ni, pegi bantai invite semua kawan-kawan dia sendiri.:L
yes, bukan tuan rumah, bukan pengantin, tapi tetamu yang jemput tetamu lain sendiri.. :L

secara logiknya, memang aku tak boleh datang la kan. simple je

tapi next Monday tu, diorang ramai2 marah aku sebab tak memenuhi jemputan kenduri kahwin, langgar hukum Islam la, ape la.
I bukak botol air, dan minum banyak-banyak bagi perut kembung. sejuk sikit badan, takde la panas rasa nak marah. agak2 diorang bising lagi, I pegi toilet kencing:lol:

Belibis Publish time 17-3-2022 09:01 PM

Dah macam berita jenayah indon pulak..main nama A..B..C.:lol:

uda Publish time 17-3-2022 09:41 PM

Megikari replied at 17-3-2022 06:02 PM
Berlaku masa wedding adik aku, kawan dia bawak 1 family termasuk adik beradik padahal yang dijemput...

Itulah..orang2 macam ni tak fikir. Larilah bajet orang punya majlis tu. Hal ni selalu berlaku and selalu terjadi bila makanan habis.
pastu salahkan katerer pulak. Kata katerer tak sediakan as yang dijanjikan. padahal yang datang lebih drp apa yang dibudgetkan.
Buat malu aje tuan rumah bila makanan tidak cukup. kesian tuan rumah

kechikchomel Publish time 17-3-2022 11:35 PM

Kalau mak iolss cakap ada jemputan kawin, iolss tanya dulu. Orang tu jemput siapa? Kalau mak iolss kata satu family, baru iolss ikut.

Kalau kenduri kawan iolss pun, iolss tanya Pengantin tu. Boleh bawa kawan tak. (sebabnya iolss segan kalau dtg sorg, nampak nauuuu lone ranger. ;P)

anony-mous Publish time 17-3-2022 11:58 PM

Edited by anony-mous at 18-3-2022 12:03 AM

Alahai over naif la A ni. Ckp je la B tu crush ko atau ex ko kan? I jemput kawan yg single, i xpernah expect kwn tu akn dtg sorang. Lg2 umur 25 ke atas. Mesti la dia akan dtg ajak adik dia atau pasangan dia. Unless buat jemputan dekat hotel

Edit : baru baca dia punya msg berjela2 tu, so jemputan 2 org je kan? Dia dgn kwn prempuan sorang lg. So mmg kena minta izin dulu si A. Dan i setuju family upbringing ni. Sbb belah family mak & ayah i, semua jenis dtg kenduri ramai2, mmg 1 family la kalau sedara mara tu. :lol: dan kalau i jemput org pon mmg suka org dtg ramai2

jari10 Publish time 18-3-2022 01:14 AM

-Edited-
………… …………

jari10 Publish time 18-3-2022 01:15 AM

Adrif replied at 17-3-2022 08:17 PM
aku situasi terbalik sikit,
aku yang tak datang wedding orang, sebab yang jemput tu bukan tuan rumah ...

Syabas kerana kau tak pi kenduri tu.. sorry la ya ngok betul kawan kau tu. Aku pun hari tu bekas staff aku kat sabah jemput pi kenduri anak buah dia kat KL..aku tak pi pun kenduri tu sbb bukan tuan rumah yg jemput..then aku tak kenal pun tuan rumah tu. Jaman covid ni, understood la kot wehh jgn suka suki hadir majlis org tanpa undangan tuan rumah.. dlm Islam pun ada adabnya pasal ni. Jangan sampai jatuh haram pulak hukumnya
Pages: [1] 2
View full version: Wanita Bingung Tunang Tiada Common Sense, Menonong Nak Ikut Pergi Majlis Kahwin Walau Tuan Rumah Tak Izin


ADVERTISEMENT