natrahn Publish time 17-3-2022 03:23 PM

Persiapan Menjelang Ramadhan, Sudahkah Anda Bersedia?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/115058c33x3tsqzodzqx23.png



Puasa Ramadhan menjadi momen yang sangat ditunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, termasukmuslim di Malaysia.
Pada tahun ini umat Islam masih lagi berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19. Namun pada bulan puasa kali ini, kita bakal menyambutnya dengan suasana sedikit berbeza kerana tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan.


Malah, mulai 1 April ini solat jemaah tanpa penjarakan fizikal di masjid dan surau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serat Putrajaya kini dibenarkan tanpa had umur jika sudah menerima vaksinasi Covid-19 dan digalakkan membawa serta menggunakan sejadah sendiri.



Solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan selain qiamullail termasuk majlis berbuka puasa, moreh dan sahur serta makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.



Nampaknya, tradisi dan tingkah laku norma sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa atau iftar dan solat sunat Tarawih secara beramai-ramai dapat diteruskan pada ramadhan kali ini.


Malah, amalan tradisi dengan kembali ke kampung halaman untuk bersama-sama keluarga terdekat pada bulan suci ini juga dapat dilaksanakan. Pasti ramai yang tidak sabar menantikannya bukan?


Setiap kali menjelang bulan mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan Ramadhan dengan lebih tenang.


Namun, bukan itu saja yang perlu kita fikirkan. Kita juga perlu mempersiapkan diri sebelum menyambut bulan mulia ini, barulah puasa lebih berkah dan banyak manfaatnya. Jadi, jom kita lihat antara persiapan diri yang perlu anda lakukan di bawah:



1. Bertaubat


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113102qw7d73wxs3t177hx.pngKredit foto - google



Sebaiknya, bertaubatlah sebelum memasuki bulan Ramadan supaya puasa anda lebih berkat. Malah, hati juga Insyaallah akan menjadi lebih tenang.



2. Perbaiki solat


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113208wxedm5eoordrd33o.pngKredit foto - google



Solat adalah tiang agama. Sematkan di dada mulai hari ini untuk berubah mencukupkan waktu solat lima kali sehari jika sebelum ini anda sering culas melaksanakannya.


3. Melakukan ibadah tambahan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113319q5hw227zfefeei75.pngKredit foto - google




Selain memperbaiki solat, perbanyakkan amalan sunat, membaca Al-Qur'an, berzikir, bersembahyang fardhu berjemaah di masjid, qiamulail dan seumpamanya.




4. Kurangkan mencarut atau berkata sesuatu yang tidak bermanfaat


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113433svr776qrqp77ffvz.pngKredit foto - google




Dah nak masuk bulan mulia, marilah sucikan hati dan bersihkan mulut dengan mengelak dari mengeluarkan carutan dan makian.



5. Elak pembaziran


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113011u5bybgm5wkney44l.pngKredit foto - google



Bulan Ramadan akan membuat kita lebih cenderung untuk membeli makanan lebih banyak kerana lazimnya nafsu bulan Ramadan memang tidak dinafikan makin membuak-buak.


Oleh itu didiklah diri kita mengamalkan makanan yang seimbang dan bersederhana. Membanyakkan meminum air putih dan kita juga disunatkan bersahur bagi mendapatkan keberkatan.



6. Tidur mengikut waktu


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113535mkghir84lku41w82.pngKredit foto - google



Ramai orang sekarang yang menjadi 'burung hantu' pada waktu malam dan apabila tiba waktu pagi badan merasa lesu kerana tidak cukup tidur.


Akan tetapi perbuatan tidur sepanjang hari pada bulan Ramadhan adalah perbuatan yang boleh mengurangkan fadhilatnya serta berlawanan dengan adab dan hilangnya nikmat merasa kepayahan serta kesusahan berpuasa.




7. Memperbanyakkan amal bersedekah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam merupakan seorang yang paling suka bersedekah dan dermawan serta baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/17/113652kebqb0bmpbzbumqa.pngKredit foto - google



Sesungguhnya mukmin sejati itu dermawan.


Anggaplah bulan Ramadan kali ini bukan sahaja perjuangan kita untuk menentang nafsu, lapar dan dahaga, tetapi juga perjuangan menentang virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia yang masih belum selesai.


Ambilah peluang di bulan ini, dengan melipat gandakan amal ibadah dan mengamalkan cara hidup sihat.- CARI

SedihPedih Publish time 17-3-2022 03:45 PM

iols suka ramadhan iols masa tempoh pkp..

sb sempat buat mcm2 sb jalan clear sgt..

harap ramai majikan benarkan WFH masa tempoh ramadhan akan dtg...

Hatida Publish time 17-3-2022 04:17 PM

tiap-tiap tahun tak sabar nak sambut ramadhan... ahlan wa sahlan ya ramadhan..

Artemesiaa Publish time 17-3-2022 04:30 PM

Yang mana belum bermula elok mula dari malam ni

Adrif Publish time 17-3-2022 08:20 PM

11 bulan lain, masuk surau, aman jaaa nak solat. banyak ruang, boleh pilih mana2 port solat.

bulan Ramadhan, masuk surau.. tu diaaa :lol: bergelimpangan orang habis bateri.. baru setengah hari:sweat3:

Mary_jane Publish time 17-3-2022 08:25 PM

Malam Nisfu Syaaban ni perbanyakkan doa, moga Allah makbulkan doa2 kita. I dah standby kurma & buah tin for Ramadhan. Puasa pun dah ganti :$

takayama Publish time 18-3-2022 08:42 AM

ramadhan yg di tunggu bakal menjelma x lama lg, moga dipermudahkn urusan semua dan dpt tingkatkan ibadah serta elakkan pembaziran

Gianna111 Publish time 18-3-2022 10:15 AM

ramadan kali ini sangat lain dari ramadan yang sebelumnya.kalau ramadan 2 tahun lepas i tak dapat berpuasa bersama husband i.kali ini Alhamdulillah border dah buka 1 april.husband i boleh masuk malaysia without any restriction.banyak benda yang i nak lakukan dgn husband i sepanjang bulan ramadan nanti.:loveliness:

renko Publish time 18-3-2022 04:36 PM

ramadan kalini dah habis la modal penfitnah2 kuat menyalak
kata kerajaan nk sekat tu ini bila bab melayu

babelina Publish time 21-3-2022 09:51 AM

moga kita semua bertemu ramadhan dan mendapat lebih berkat.. amin yra..
Pages: [1]
View full version: Persiapan Menjelang Ramadhan, Sudahkah Anda Bersedia?


ADVERTISEMENT